Written by AbangNara | May 5th, 2014

Cantik, stunning, marvelous dan sangat berseri-seri. Kagum Abang Nara melihat kecantikan Misha Omar di majlis resepsi perkahwinannya yang telah berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan. Memang terserlah kejelitaan seorang pengantin baru. Abang Nara yakin ramai peminat yang rasa terharu kerana akhirnya dapat menatap wajah Misha Omar di atas pelamin pengantin setelah menanti sekian lama.

gambar resepsi misha omar

Misha dan Firos memang bak pinang dibelah dua. Selamat menjalani kehidupan sebagai suami isteri buat anda berdua. Abang Nara tertarik dan tersenyum apabila membaca nukilan Misha Omar di Instagram mengenai kehidupannya selepas 24 jam bergelar seorang isteri. Comel jugak Misha Omar ini rupanya.

gambar resepsi misha omar

Biasalah tue awal-awal tak biasa lagi kan? Hehehe. Teringat pulak masa Abang Nara mula-mula kahwin dulu. Lebih kurang macam Misha Omar jugaklah. Hehehe. Lagi beberapa gambar sekitar majlis resepsi perkahwinan Misha dan Firos dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar We Are The Joe Zakaria.

P.S: Dekorasi rumah menggunakan pita pelekat

 
Written by AbangNara | May 4th, 2014

Memang terserlah kecantikan dan keanggunan Misha Omar dalam pakaian pengantinnya menerusi bidikan gambar daripada We Are The Joe Zakaria ini. Jelas terserlah kebahagiaan Misha dan suaminya, Firos setelah selesai majlis akad pernikahan mereka. Terlerai sudah segala fitnah dan khabar angin yang tidak benar mengenai penyanyi lagu Bunga-bunga Cinta ini.

gambar nikah misha omar

Khabarnya mereka berdua akan berbulan madu ke Australia di mana Misha Omar akan mengikuti penerbangannya suaminya sama ada ke Sydney atau Melbourne. Untuk anda yang tidak tahu, Firos adalah seorang juruterbang MAS. Apa pun, Abang Nara respek dengan Firros kerana tabah dan sabar mendengar tohmahan yang ditujukan kepada isterinya. Kata Firos:-

Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan segala cakap-cakap yang tidak baik mengenai isteri saya sudah pun terjawab apabila kami disatukan. Saya berasa sebak selepas disatukan bukan sahaja kerana gembira tetapi lega semua tohmahan tentang Misha akhirnya berakhir

gambar nikah misha omar

Abang Nara juga berharap segala tohmahan mengenai Misha Omar akan berakhir dengan pernikahan ini. Biarlah Misha dan Firos hidup bahagia. Jangan dikacau-kacau lagi. Bagi peluang untuk mereka menjalani kehidupan suami isteri dengan tenang. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Misha dan Firos dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar We Are The Joe Zakaria.

 
Written by AbangNara | May 2nd, 2014

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan buat Misha Omar dan Firos Ezzwan yang telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung pagi tadi sekitar jam 9.30 di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omarmenerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

gambar kahwin misha omar

Antara rakan selebriti yang hadir ialah Adibah Noor yang bertindak selaku pengacara manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana bertindak sebagai pengapit pengantin perempuan. Untuk makluman, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan malam ini di hotel yang sama sementara 12 Mei adalah tarikh resepsi pengantin lelaki yang bakal diadakan di Hotel Concorde Kuala lumpur.

gambar kahwin misha omar

Tahniah sekali lagi buat Misha dan Firros. Semoga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Tahniah!!!

Written by AbangNara | April 15th, 2014

Bakal bergelar suami isteri pada 2 Mei ini, Misha Omar dan Firos Ezzwan telah mengabadikan detik-detik terakhir berstatus “single” menerusi gambar pra perkahwinan yang dibidik oleh TheJoeZakaria. Terserlah malu-malu kucing bakal pasangan mempelai ini. Pasti mereka berdua teruja untuk sah menjadi suami isteri setelah menghadapi pelbagai rintangan.

misha dan firos

Semoga semuanya berjalan lancar buat Misha dan Firos. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar pra perkahwinan pasangan ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Lebih banyak gambar boleh dilihat di TheJoeZakaria.