August 15th, 2013

Rasanya, kesemua rakyat Malaysia yang pernah mendengar radio mengenali Halim Othman. Suaranya telah begitu lama menghiburkan para pendengar. Kini bergandingan dengan Adibah Noor di radio Suria FM, sehingga ke hari ini Halim Othman masih lagi belum mendirikan rumahtangga.

kekasih halim othman

Sebentar tadi, Abang Nara menerima kiriman gambar-gambar Halim Othman bersama seorang wanita yang boleh tahan cantiknya. Mereka berdua kelihatan sangat mesra. Sama cantik dan sama padan. Menurut si pemberi makluman, si wanita ini adalah bakal isteri Halim Othman.
kekasih halim othman
Dikatakan wanita yang berjaya mencuri hati Halim Othman ini bernama Dania Danisha dan berasal dari Palong, Negeri Sembilan. Jika benar Dania adalah bakal isteri Halim Othman, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan.

kekasih halim othman

Kalau tak silap Abang Nara, tahun ini umur Halim Othman ialah 48 tahun. Memang molek benarlah mendirikan masjid. Semoga dipermudahkan buat Halim. Kahwin nanti jangan lupa jemput ye. Hehehe.

P.S: Gambar Golf GTI MK7 dengan lebih jelas dan terperinci