June 8th, 2015

Apabila sudah berkahwin, impian setiap pasangan suami isteri sudah tentu sentiasa berada di samping pasangan yang tercinta, lebih-lebih di saat awal perkahwinan ketika masing-masing sedang mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam. Namun tak semua yang kita impikan boleh menjadi kenyataan. Contohnya Fahrin Ahmad dan isteri, Elena Hani yang terpaksa tinggal berjauhan dan hanya bertemu sekali setiap 2 minggu kerana kerjaya isterinya selaku ketua pramugari di Dubai.

fahrin ahmad

Sudah pasti selaku seorang suami, Fahrin merindui kehadiran isterinya sepanjang ketiadaan Elena di sisi. Abang Nara suka membaca kata-kata romantis yang diluahkan oleh Fahrin. Memang benar selepas berkahwin semua keputusan yang kita lakukan pasti akan turut sama fikirkan isteri tercinta. Sweet sangat kata-kata Fahrin ini:-

Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai.

Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini.

Kalau dulu, apa-apa keputusan saya akan buat sendiri. Tetapi sekarang, walaupun dia duduk jauh, saya tetap teringatkan dia.

Beli barang-barang runcit juga saya akan memikirkan Elena. Kita tahu sekarang ini, pergi mana-mana pun, kita sudah ada tanggungjawab antara satu sama lain.

Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian. Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha…

fahrin ahmad

Romantis juga rupanya Fahrin Ahmad ini kan? Abang Nara boleh agak betapa rindunya Fahrin kepada isteri tercinta. Memang susah juga berkahwin dan tinggal berasingan. Namun inilah yang dinamakan pengorbanan. Selepas ini Elena akan berhenti kerja jadi bolehlah luangkan masa bersama sentiasa. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Mstar Online.

fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad

Advertisement
May 9th, 2015

Alhamdulillah. Dengan hanya sekali lafaz, Fahrin Ahmad dan Elena Hani kini telah sah menjadi suami isteri sebentar tadi. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Elena Hani telah dinikahkan dengan mas kahwin sebanyak RM80.

elena hani

Ikuti video di bawah ihsan H!Live:-

Alhamdulillah.. Dengan sekli lafaz. @fahrinahmad_fa sah bergelar suami kepada Elena Hani Eleas. #hlive #hliveupdate #hliveeksklusif #fahrinahmadnikah #fahrinahmad

Posted by HLive on Friday, May 8, 2015

 

Sebelum ini wajah bakal isteri Fahrin Ahmad menjadi tanda tanya dan persoalan orang ramai. Kini semuanya telah terjawab. Tahniah buat Fahrin dan Elena. Semoga pernikahan ini berkekalan sehingga ke syurga. Amin.

Dengan sekali lafaz, Elena Hani sah bergelar isteri kepada Fahrin Ahmad. Tahniah kedua mempelai.
elana hani

Dikatakan Elena Hani bekerja sebagai seorang pramugari.

Advertisement
May 9th, 2015

Ketika ini Fahrin Ahmad sedang berdebar-debar menunggu saat pernikahannya. Majlis pernikahan sedang berlangsung dan akhirnya wajah bakal isteri pelakon kacak ini telah pun didedahkan. Wanita bertuah yang berjaya mencuri hati Fahrin ialah Elena Hani Aleas, 36 tahun. Cantik molek orangnya. Memang sama cantik sama padan.

elena hani bakal isteri fahrin ahmad

Memang berseri-seri Elena Hani di majlis pernikahannya. Mungkin video dan gambar di bawah membolehkan anda melihat dengan lebih jelas wajah bakal isteri Fahrin ini.

Akhirnya.. Ini dia bakal isteri @fahrinahmad_fa yang kita tunggu-tunggu.. Elina Hani.. Cantik berseri! #fahrinahmad #hliveupdate #hlivevideos

Posted by HLive on Friday, May 8, 2015

Tahniah Fahrin dan Elena atas masjid yang bakal dibina sebentar lagi. Sekejap lagi Abang Nara update lagi. Sumber MediaHiburan dan H!Live.

Lagi gambar dan video dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

elena hani bakal isteri fahrin ahmad

elena hani bakal isteri fahrin ahmad
elena hani bakal isteri fahrin ahmad

Advertisement