February 19th, 2014

Spekulasi keretakan rumahtangga Erra Fazira dan Engku Emran sudah mula kedengaran sejak 2 tahun yang lalu. Namun ketika itu, Erra tidak pernah bercerita mengenainya dan sering mengelak apabila ditanyakan kebenaran kontroversi tersebut. Penceraian yang berlaku semalam akhirnya menoktahkan rumahtangga yang terbina selama ini dan menjawab segala persoalan yang bermain di minda orang ramai.
erra fazira ceraiSetelah selesai perbicaraan semalam, Erra memohon agak dirinya tidak lagi diganggu. Erra turut memaklumkan dia akan meneruskan kerjanya seperti biasa. Kata Erra:-

Spekulasi semua terjawab. I hope everyone leave me in peace.

Walaupun kelihatan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, Erra yang ditemui oleh wartawan portal GUA menyatakan berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kata Erra:-

Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya

Orang nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga

Saya kini mahu fokus dengan kerja kerana jika saya tak ada sebarang kerja dan hanya duduk di rumah saja, sudah tentu saya akan melayan perasaan. Saya mahu pandang ke hadapan dan tidak mahu terlalu memikirkan mengenai perkara ini.

erraSementara itu salah seorang kawan baik Erra Fazira iaitu Erma Fatima memaklumkan yang pelakon tersebut telah memberi gambaran keretakan rumahtangganya sejak setahun lepas. Kata Erma:-

Sebagai kakak, saya memang sangat sedih dengan penceraian Erra dan Engku Emran. Erra beritahu saya dia sudah fikir dengan masak-masak dan mahu bercerai dengan baik dengan Emran. Dia hanya lebih fikirkan masa depan anaknya, Engku Aleesya semata-mata dan sanggup menjaga Aleesya secara bergilir-gilir dengan Emran.

Saya difahamkan, Erra hanya dapat bersama Aleesya selama 2 hari saja dalam seminggu iaitu Ahad dan Isnin selain cuti sekolah dan hari perayaan manakala selebihnya menjadi hak Emran. Sebenarnya sudah leih setahun Erra memberi gambar rumahtangganya dengan Emran bergolak.

Saya pula yang hiba dan menangis tatkala mendengar Emran melafazkan cerai. Saya hanya mampu berdoa agar mereka berdua diberikan ketenangan menghadapi semua ini.

engku emran cerai erra

Semoga permohonan Erra untuk tidak diganggu akan dihormati oleh semua pihak. Abang Nara pun selepas ini akan cuba untuk tidak menulis lagi mengenai penceraian mereka berdua. Sama-samalah kita menerima takdir dan suratan ini. Takziah sekali lagi buat Erra dan Engku Emran atas perpisahan ini. Semoga ini adalah jalan terbaik buat anda berdua. Info asal Harian Metro.

P.S: Scirocco dikemaskini dengan gaya dan enjin baru