November 19th, 2009

siti nurhaliza dato k

Walaupun masih tak ada rezeki untuk dikurniakan cahaya mata, Siti Nurhaliza masih tetap gembira kerana Dato’ K sentiasa “manja” dengan dia. Manja yang macam mana jangan tanya kami ye. Kami sendiri hampir-hampir hilang kawalan apabila membayangkan muka bermisai Dato’ K cuba bermanja dengan Dato’ Siti. Pasti romantik dengan ayat-ayat syahdu dan menusuk jiwa. Kami suka Dato’ K yang romantik ~~

Cuba korang tengok gambar kat atas tue. Dari raut muka Dato’ K pun kami dah dapat tau yang dia nie memang seorang yang manja dan romantik. Memang sekali tengok nampak ganas dan garang dengan misai dan janggut tebalnya. Tapi bagi kami kadang-kadang lelaki yang nampak garang nie lah sebenarnya yang paling manja. Tak gitu?

Menuju ke topik yang lain sedikit, kami ada terbaca salah satu tips kecantikan Dato’ Siti Nurhaliza ialah memakan nenas kami dah mula pelik sikit. Bukan tak elok ke makan nenas untuk mereka-mereka yang mahu mengandung. Rasanya memang pernah kami terbaca yang jus nenas nie kalau minum banyak-banyak boleh menggugurkan kandungan. Kalau kami silap betulkan ye. Andai kata Dato’ Siti terbaca artikel ini, silalah berhenti memakan nenas. Susah nak ngandung nanti.

Lagi gambar Dato’ K dan Siti Nurhaliza di MMU baru-baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

siti nurhaliza dato k

siti nurhaliza dato k

siti nurhaliza dato k

siti nurhaliza dato k

siti nurhaliza dato k

siti nurhaliza dato k

siti nurhaliza dato k