Written by AbangNara | December 17th, 2013

Maafkan Abang Nara kerana gagal berkongsi berita gembira mengenai perkahwinan pelakon Wan Maimunah. Abang Nara terlepas pandang kerana ada 2 perkahwinan lain berjalan di masa yang lebih kurang sama iaitu Rozita Che Wan dan Jovian. Jadi di kesempatan ini, Abang Nara ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wan Maimunah, 60 tahun dan suaminya, Makpol Saimon yang merupakan seorang ahli perniagaan.

gambar perkahwinan wan maimunah

Majlis pernikahan mereka telah berlangsung pada 14 Disember selepas Maghrib di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Menariknya mas kahwin yang diterima oleh Wan Maimunah ialah bimbingan ke jalan yang diredhai All ah. Selain itu Wan Maimunah juga menerima sebentuk cincin dan seutas gelang bagi upacara membatalkan air sembahyang. Kata Wan Maimunah:-

Ibu bersyukur kerana di usia begini masih ada yang sudi menjadi teman hidup untuk ibu menumpang kasih. Ibu juga tidak mengharapkan wang ringgit dan harta harta dunia kerana ia tidak akan kekal.

Diberi wang berpuluh ribu sekalipun ia akan pupus, tetapi tunjuk ajar ke jalan ALLAH itu akan kekal hingga ke akhir hayat. Ibu juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan ibu bersama suami

gambar perkahwinan wan maimunah

Semoga perkahwinan Wan Maimunah berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dilimpahi rahmat serta kebahagiaan. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

gambar perkahwinan wan maimunah

P.S: Cantik, trendy dan ratusan pilihan untuk aksesori telefon dan gadjet ada dijual di MomoGadget. Banyak juga yang berkenan di hati Abang Nara. Harga pun sangat berpatutan dan kalau beli lebih RM25, penghantaran adalah percuma. Boleh “cash on delivery” sekiranya membuat pembelian di sekitar Johor Bahru. Untuk informasi lanjut, layari www.momogadget.com , LIKE Facebook Momogadget atau hubungi  016 7277166 (Addy).