February 22nd, 2011

nek jah

Hidup Nek Jah! Hidup Nek Jah! Hidup Nek Jah. Ini baru pelakon yang betul-betul pelakon. Bukan sekadar pelakon yang fikirkan duit sahaja. Nek Jah atau nama sebenarnya Azizah Mahzan sudah pun membuat keputusan untuk berhenti berlakon kerana skrip yang diberikannya terlampau membodohkan dirinya sendiri. Ini semua bermula dengan skrip Spa Qistina, drama lakonan terakhir Nek Jah.

[note]Hasrat untuk berhenti berlakon sudah lama terpendam tapi disebabkan pujuk rayu dari rakan-rakan dari kalangan penerbit menyebabkan saya terus berlakon. Tapi kali ini saya tekad untuk tidak menerima sebarang tawaran lagi kerana saya benar-benar kecewa dengan skrip dan jalan cerita drama terakhir saya iaitu Spa Qistina yang ditayangkan di Astro Box Office Movies Tayangan Hebat pada awal tahun ini. [/note]

nek jah

Ini baru pelakon yang mementingkan kualiti berbanding wang ringgit yang boleh diterima. Kalau lah ramai pelakon seperti Nek Jah, confirm tak ada drama-drama bodoh lagi di kaca TV kita. Dan Nek Jah sebenarnya bukan tak dapat offer berlakon. Berlambak offer berlakon yang diterima tapi semuanya skrip bodoh-bodoh belaka.

[note]Banyak longgokan skrip yang ingin ditawarkan kepada saya untuk tahun ini, tetapi bila baca balik semuanya saya tidak berkenan. Bukan bermaksud saya meletakkan diri di satu tahap yang tinggi tetapi saya tidak mahu nampak sangat bodoh. Saya tidak kisah untuk melakonkan watak yang senang tapi apa yang saya kecewa apabila penulis skrip yang membuat skrip sambil lewa. Bila cerita banyak episod skrip juga jadi merepek-repek sehinggakan dia mengambil mudah sahaja. Contohnya, dalam skrip saya berkata anak saya pergi ke luar negara belajar pada episod pertama, tapi dalam episod yang sudah berpuluh-puluh lain pula tiba-tiba anak saya berada di Malaysia. Bila saya tegur kesinambungan drama tersebut, mereka dengan mudah kata penonton tidak perasaan hal itu. [/note]

Apa penulis skrip drama Malaysia ingat penonton Malaysia semua bodoh-bodoh belaka? Nanti petang sikit Abang Nara postkan satu email daripada pembaca yang berjaya mengesan kebodohan skrip drama Malaysia. Kepada Nek Jah, semoga terus maju jaya dengan apa jua bidang yang diceburi selepas ini. Kredit berita kepada Mstar.

P.S: Ketahui status kesihatan tubuh badan anda dengan Nestle Profiler Test.

January 9th, 2010

azizah mahzan sepi

Lama sungguh tak mendengar cerita pasal Azizah Mahzan ataupun lebih dikenali di BeautifulNara dengan nama femesnya Nek Jah. Buat anda yang masih tak tau, Nek Jah adalah bekas isteri Nasir Bilal Khan. Untuk tahun 2010 nie, nampaknya Nek Jah tak berazam untuk berkahwin semula.

Kami suka dengan falsafah cinta Nek Jah:-

[note]Kalau saya tidak mempunyai teman lelaki atau suami, saya masih boleh bernafas. Misalnya, saya akan cipta sesuatu perkara yang ceria dan kenapa saya perlu menyusahkan diri-sendiri? Kita patut menikmati keseronokan dalam menjalani kehidupan ini. Konsep sanggup berkorban demi cinta tiada dalam diri saya. Saya sudah biasa hidup bersendirian.[/note]

Tak sangka puitis gak Nek Jah nie. Yang nie plak pandangan Nek Jah pasal lelaki:

[note]Mungkin kalau saya ada teman lelaki atau suami, saya akan mudah rasa lemas sebab nak kena selalu fikirkan tentang dirinya. Daripada saya fikirkan tentang lelaki, lebih baik saya mengadap komputer. Saya tidak suka mengawal dan dikawal tetapi lebih suka hidup bebas. Saya ada akal fikiran, jadi mengapa saya perlu mengawal dan dikawal. Saya jenis yang suka melakukan sesuatu perkara satu persatu. Kalau saya ada teman lelaki, ingat saya ada masa untuk melakukan semua itu. Asalkan saya senang hati, tak payah saya fikir-fikir pasal lelaki. You free to live before you die [/note]

Kami rasa Nek Jah nie mungkin mengalami mimpi buruk dalam perhubungan dia selama ini. Tapi kalau dia selesa tanpa seorang lelaki menemaninya, apa salahnya kan? Rasa-rasa korang boleh ke hidup tanya seorang lelaki @ wanita di sisi korang?

Lagi cerita penuh di Mstar.

October 19th, 2009

azizah mahzan

Terkujat jap kami terima satu info yang cakap Azizah Mahzan pernah berkahwin dengan Nasir Bilal Khan. Tapi tak lama la. 3 bulan jer diorang kawin pastue dah bercerai. Betul atau tidak tak tahu la nie. Tapi rasanya betul la kot.

Tapi misteri gak kenapa kawin sekejap sangat. Hmmm. Mungkin ada masalah dalaman kot. Tak sangka betul Azizah Mahzan adalah janda Nasir Bilal Khan. Serious kami masih terkejut sampai sekarang.

Nampaknya masih banyak yang BeautifulNara kena belajar sebelum boleh jadi blog gosip artis yang paling hangat dan sensasi. Sepatutnya kami patut tau gosip nie sebab Azizah Mahzan adalah salah seorang dari artis idola kami. Maafkan kami Nek Jijah.