Written by AbangNara | March 10th, 2012

Tajuk di atas memang agak lain daripada yang selalu Abang Nara tulis. Ini semua kerana artikel yang telah ditulis menerusi ruangan Soseh Soseh. Pada mulanya SS menulis apabila mendapat info daripada si pengacara tersebut, namun baru-baru ini tuan puan syarikat sudah pun membuat kenyataan balas. Berikut adalah tulisan SS yang pertama yang bertajuk kahwin meriah, hutang tak bayar:-

MALAS rasanya SS nak mendengar kisah seorang artis yang hebat dengan empayar perniagaannya ini kerana sudah banyak kali SS mendengar orang menyampaikan kisah ‘liat’ bayar hutang mereka.

Dulu hanya kisah gaji pekerja yang tidak dibayar dan sistem bayar separuh-separuh saja, kali ini SS dengar sampai ke seorang pelakon popular pula tidak dibayar selepas siap membuat kerjanya.

Kisahnya seorang pelakon comel ini khabarnya menjadi pengacara untuk sebuah program televisyen terbitan syarikat artis tadi.

Sampai nak pengsan dengarnya si pelakon cantik tadi menyiapkan semua kerjanya mengikut kontrak. Bukan saja menjadi pengacara, malah si pelakon tadi siap membuat kajian dan penyelidikan sendiri sebelum mengendalikan program televisyen tadi.

Tapi apabila sudah siap dan program itu ditayangkan, sampai ke sudah bayarannya tidak diterima. Macam-macam alasan yang diberikan oleh artis tadi yang juga seorang penyanyi dan pelakon.

Padahal yang kelakarnya, si artis yang susah nak membayar hutang tadi baru saja melangsungkan perkahwinannya dengan gilang-gemilang. Bukan main lagi meriahnya majlis itu.

Tapi nak bayar duit orang yang sudah bekerja alasannya tiada duit lagi.

Kononnya dana yang sepatutnya diperuntukkan untuk program itu masih belum masuk. Sampai ke hari ini dengarnya si pelakon jelita tadi tidak dapat duit kerjanya.

SS pun terkejut kerana berani sungguh si artis yang memang terkenal dengan perniagaannya itu tidak membayar duit artis lain sedangkan dia tahu yang cerita sebegini dengan cepat boleh diketahui orang lain.

Tapi memang SS pun susah nak cakap apabila menyentuh mengenai artis ini kerana sejak dulu memang sudah macam-macam cerita yang disampaikan. Bergaya dengan kereta mewah dengan deretan filem yang bukan main kutipan tiketnya, tapi masih kekal dengan sikap yang ‘liat’ nak bayar duit dan gemar sekali meminta harga murah.

SS harap si pelakon yang sudah pun menjalankan kerjanya itu tidak berdiam diri.

Pergi minta duit sendiri atau ugut saja untuk memberitahu kepada pihak media.

Biar takut sikit si artis tadi dengan adik-beradiknya yang kedekut dan berkira.

Kalau betul hebat berniaga, mustahil tidak tahu etika orang menjalankan sesebuah perniagaan.

Dan ini adalah tulisan SS yang kedua selepas mendapat informasi daripada big boss syarikat tersebut dengan tajuk usah jadi kacang lupakan kulit:-

GARA-GARA tersiar coretan SS kelmarin mengenai seorang artis cantik yang tidak puas hati dengan sebuah syarikat tempat dia bekerja dulu berhubung soal bayaran tugas menjadi hos, SS terus mendapat maklum balas daripada pihak satu lagi.

Cerita dalaman SS dengar itu datang daripada staf bekerja di syarikat produksi berkenaan. Apa yang SS dengar, lain pula versinya berbanding dengan apa artis itu cakap.

Bagi SS, tak perlulah SS ulas panjang lebar apa berlaku tapi tindakan artis itu memang mengaibkan bekas bosnya yang SS ibaratkan macam kacang lupakan kulit.

Difahamkan, apabila pemilik syarikat produksi itu dengar gosip mengenai kononnya artis itu tidak dapat bayaran lebih kurang sebulan lalu, dia sendiri cuba hubungi artis itu untuk mendapatkan pengesahan. Namun peliknya, telefon artis itu sendiri tidak berjawab dan SMS pun tak berbalas.

Sumber itu beritahu SS, mengikut kontrak, semua bayaran sudah dibayar jadi bos itu pun tidak faham apa kes pula dikatakan dia tidak dapat bayaran?

Rupa-rupanya, artis itu ada buat permintaan dengan produser rancangan itu untuk naikkan harga tugas jadi hos bagi beberapa episod terakhirnya.

Produser itu pula tidak maklumkan kepada pemilik syarikat produksi itu mengenai permintaan bayaran dikeluarkan dan hanya berpandukan kontrak asal semata-mata.

Yang dikesali, apabila artis itu dulu ada masalah sampai kena halau dari hotel daripada satu majlis, bos syarikat itu yang sungguh-sungguh membantu menyelamatkan maruah dan membersihkan namanya dengan pihak media.

SS difahamkan lagi, syarikat produksi itu sebenarnya ada hak untuk kenakan komisen untuk kerja lakonan sepanjang kontrak setahun dia bersama syarikat itu tapi mereka tidak pernah ‘ambik pot’ atau tidak pernah mengam?bil sebarang komisen pun sebab fikirkan setakat komisyen RM seribu, dua, apalah sangat.

Biarlah artis cari duit sebab dia pun nak cari makan.

Soalnya di sini, artis itu sendiri kenalah faham soal kontrak yang sudah ditandatangani dan tidak seharusnya memperbesarkan perkara ini kepada media.

SS sedar syarikat itu bukan calang-calang dan menggajikan lebih 100 staf dan 1,000 pekerja bebas (freelance) setiap tahun. Jumlah peruntukan gaji dan elaun pekerja mereka khabarnya mencecah lebih RM8 juta setahun jadi kalau artis profesional, dia boleh jumpa bekas bosnya itu dan berbincang elok-elok. Malah silap haribulan, lebih pula jumlah yang dia dapat daripada jumlah yang dia dakwa masih tertunggak itu.

SS bukan apa, dalam industri ini kita saling memerlukan. Jangan sampai hati orang terguris sebab di masa depan, kita tidak tahu apa akan terjadi. Kalau artis cantik itu tahu mengingat budi, mungkin dia akan ditawarkan berlakon atau menjadi hos lagi dengan syarikat itu. Jangan sampai orang tutup pintu hati. Fikirkanlah sendiri.

Agak panjang entri kali ini namun Abang Nara rasa anda semua tahu siapa yang dimaksudkan. Senang sangat klunya. Hanya 1 sahaja majlis perkahwinan yang gilang gemilang telah diadakan baru-baru ini. Namun Abang Nara tak berani nak sebut nama. Kang tak pasal-pasal kena saman. Tapi agak pelik sebab satu pihak claim tak dapat bayaran dan satu pihak lagi kata dah bayar. Siapa salah siapa benar ?

Written by AbangNara | November 6th, 2011

Inilah gambar pasangan pengacara Anugerah Skrin 2011 yang dikatakan ramai gagal membangkitkan kemeriah majlis anugerah tersebut. Mungkin ketiadaan pengalaman membuatkan keserasian antara Rozita Che Wan dan Ally Iskandar tidak wujud. Kesian jugak Abang Nara tengok Ally Iskandar yang berusaha keras untuk menghidupkan suasana.

gambar ask2011

Layankan sampai lebam 76 lagi gambar sekitar malam Anugerah Skrin 2011 dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 29th, 2010

red carpet 2010

Tahun 2010 menyaksikan pelbagai event dianjurkan di dalam dunia hiburan Malaysia. Setiap kali ada event besar, maka adalah red carpet untuk para artis kita menunjukkan fesyen mereka. Kali ini kami paparkan 10 fesyen red carpet paling pelik yang digayakan oleh artis Malaysia pada tahun 2010.

Pemenangnya tak lain tak bukan ialah Didie Alias dan Enot di gambar kat atas tue. Lady Gaga pun confirm kagum dengan kehebatan mereka berdua meniru gayanya. Sampai kami pun confuse dan pelik macam mana Lady Gaga boleh tersesat kat Malaysia. Kelas gitu ~~

Lagi gambar 10 fesyen  red carpet paling pelik 2010 dengan membaca entri ini. Kredit sepenuhnya kepada Murai.

 
Written by AbangNara | December 8th, 2010

siti nordiana

Siti Nordiana kata gaun yang dipakainya semasa majlis parti Eh! di atas tak adalah seksi melampau. Biasa-biasa jer. Nie sedutan kata-kata dia.

[note]Sebenarnya saya tak rasa pun gaun itu seksi. Mungkin orang tidak pernah melihat saya berpakaian begitu, sebab itulah ramai yang terkejut sedangkan saya memakai gaun seperti itu mengikut kesesuaian majlis. Lagipun inilah kali pertama saya memakai gaun pendek di depan khalayak. Rasanya, gaun yang saya pakai itu tak seksi melampau. Takkan saya nak berimej yang sama saja, nanti orang bosan pula.[/note]

Kami sokong kata-kata Siti Nordiana. Tak adalah seksi mana pun. Sepatutnya kena pakai pendek sikit lagi dan melekat sikit lagi. Baru lebih padat dan lebih sesuai dengan tema parti. Mungkin Siti Nordiana kena belajar cara pakai baju dengan Nita. Fesyen Nita masa majlis Eh! itu barulah layak digelar seksi. Setakat gaun pendek Siti Nordiana nie apa la sangat kan?

Lepas nie kami berharap agak Siti Nordiana akan mendengar nasihat kami dan memakai gaun yang lebih pendek dari gambar di atas. Peha anda yang mulus itu perlu lebih disingkapkan untuk tatapan ramai.  Kalau tak nanti kami bosan dengan anda. Hehehe.