Written by serenity | March 21st, 2012

Khabarnya Sazzy Falak akan tampil dengan rangkaian pakaian jenamanya sendiri pada Jun depan. Menurut laporan Mstar, pakaian berjenama SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu hasil minatnya pada fesyen dan idea itu tercetus semasa dia mengandungkan kembarnya iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose yang kini berusia 11 bulan. Sazzy, 31, dikatakan melakar sendiri rekaan pakaian dalam rangkaian fesyennya itu bersama beberapa orang rakan. Nampaknya bertambah usahawan dari kalangan selebriti setelah beberapa orang selebriti menunjukkan minat dan berusaha untuk mempunyai perniagaan sendiri.
Photobucket
Ini pula gambar-gambar terbaru keluarga Sazzy Falak termasuk suami dan kembarnya. Lagi 9 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Sazzy Falak.

***

Basikal Fixie ialah sejenis basikal ‘fixed gear’ yang tidak mempunyai brek. Basikal ini ada dua jenis iaitu ‘freestyle’ dan ‘mash’ yang mana perbezaannya dapat dilihat dengan ketara menerusi saiz tayarnya. ‘Freestyle’ lebih sesuai digunakan untuk melakukan pelbagai aksi atau ‘trick’ dan menggunakan tayar lebih besar daripada biasa. Jenis ‘mash’ pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan. Basikal ini tidak mempunyai brek, ‘suis’ utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal.

Basikal ‘fixed gear’ atau ‘fixie’ digunakan oleh golongan penghantar surat di Amerika Syarikat. Mula mendapat perhatian di negara ini sekitar 2006. Tidak mempunyai brek dan memerlukan teknik ‘pull and push’ untuk memberhenti dan memperlahankan basikal. Selain itu, ia memerlukan tenaga lebih berbanding menunggang basikal biasa kerana kaki tidak sempat ‘berehat’, sebaliknya penunggang perlu sentiasa mengayuh bagi menggerakkannya. Ingin melihat aksi Basikal Fixie? Jangan lupa ke Bazar Seni Industri Budaya, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai jam 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage kami.

 
Written by AbangNara | May 13th, 2011

gambar anak kembar sazzy falak

Bapak comel. Serius comel. Bestnya Sazzy dapat anak kembar. Cute mute macam mak dia. Mesti korang teruja gak nak dapat anak kembar kan lepas tengok gambar anak kembar Sazzy Falak nie? Hehehe. Abang Nara pun teruja!!!!

gambar anak kembar sazzy falak

Geramnya ~~~~~

Written by AbangNara | April 29th, 2011

sazzy falak

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Sazzy Falak dan suami, Nash Idrus atas kelahiran anak kembar perempuan mereka semalam. Cantik sungguh nama si kembar berdua ini. Sorang diberi namaIman Lilly dan seorang lagi Tiara Rose. Abang Nara yakin dan pasti kedua-duanya akan jadi secantik ibu mereka. Untuk makluman, bayi kembar perempuan pasangan ini dilahirkan secara pembedahan.

Ucapkan tahniah kepada pasangan ibu bapa terbaru ini di Twitter Sazzy Falak dan Twitter Nash Idrus. Semoga Sazzy cepat-cepat berkongsi gambar anaknya untuk para  peminat semua. Tak sabar rasanya nak menggeram melihat kecomelan si kembar.

Written by AbangNara | January 13th, 2011

lisa

Kami suka sangat melihat gambar mengandung Sazzy Falak ini. Terserlah sifat keibuan Sazzy. Nampaknya Sazzy dah start mencari baju-baju untuk babynya. Mesti semakin teruja dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka berdua. Dengar ceritanya akan lahir kembar. Kita doakan agar semuanya berjalan lancar buat Sazzy.

Kepada Sazzy, take care and berehatlah secukupnya. Kalau boleh kurangkan kerja-kerja keras. Ibu mengandung perlukan rehat yang banyak. Kalau anda ada tips mengandung untuk disharekan, jangan malu jangan segan untuk tulis di ruangan komen. Kami tahu ramai pembaca wanita di BeautifulNara ini.

Terima kasih buat si penghantar email yang sudi berkongsi gambar ini.