March 20th, 2012

Sebelum ini pelakon yang juga seorang banker, Redza Minhat mengatakan akan mengongsikan gambar bayi lelakinya yang lahir pada 7 Mac lepas. Entri berkenaan boleh dibaca di sini.
Inilah gambar baby Ali yang khabarnya kuat minum susu seperti yang dikongsikan oleh Redza di Twitternya. Comel kan?

***

Turut memeriahkan di samping Bazar Seni Industri Budaya ialah Siri Semarak Bangsawan 2012  di Panggung Bandaraya pada 23, 24 dan 25 Mac ini, mulai pukul 8.30 malam. Sebuah pementasan oleh JKKN, teater bangsawan ini diarahkan oleh Encik Zaifri Husin, berjudul ‘Chelorong Cheloreng’. Bergenre komedi, skrip untuk teater ini turut diolah oleh beliau. Tiket hanya berharga RM 5 dan boleh ditempah melalui talian 03-2052 3600.

 

Untuk keterangan lanjut, like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya!

March 7th, 2012

Pelakon Redza Minhat telah mengesahkan isteri beliau telah selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ali pada pukul 2.13 petang tadi di Hospital Pantai, Bangsar. Bayi yang dilahirkan itu sihat dan beratnya ialah 3.36 kg.

Pada yang belum tahu, Redza telah berkahwin dengan isterinya, Aidira Khaidir pada 17  Jun tahun lepas.

Redza berkata dia akan mengusahakan gambar babynya untuk dishare bersama pembaca BeautifulNara. Jadi, tungguuuu!

***