November 29th, 2012

Akhirnya Nabil Ahmad dan isterinya, Nazirah sepakat untuk menamakan anak perempuan mereka Naira Mikayla. Cantik sungguh nama tersebut. Abang Nara masih tak sempat mencari apa maksudnya, tapi Abang Nara yakin maksudnya secantik sebutannya.

anak nabil ahmad

Dalam perkembangan terkini kerjaya Nabil, khabarnya Nabil tidak akan menyambung kontrak sebagai penyampai radio Suria FM. Kemungkinanta besar Nabil mahu meluangkan lebih masa bersama anak tercinta. Abang Nara pasti Nabil sedang excited untuk menjaga anaknya.

anak nabil

Semoga Naira Mikayla membesar menjadi anak yang solehah kepada kedua ibu bapanya. Sama-sama kita doakan.

P.S: Video burung nuri sedang mengorat

November 25th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Nabil yang telah selamat bergelar seorang ayah. Isteri Nabil, Zira telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.67kg kira-kira 8.40 pagi hari ini. Nabil telah berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Twitternya.

gambar anak nabil

Anak sulung Nabil ini telah selamat dilahirkan menerusi pembedahan di Klinik Umra, Shah Alam. Pastinya Nabil dan isteri sedang teruja ketika ini. Semoga anak Nabil akan membesar dengan sihat dan ceria. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereka berdua.

gambar nabil dan anaknya

UPDATE: Di atas ialah gambar si papa dan anaknya. Dedua cute.