May 24th, 2014

Memang penuh dengan kejutan sungguh keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 2013 kali ini. Setiap kali nama pemenang diumumkan, Abang Nara terkesima dibuatnya. Bukan apa, hampir kesemua tekaan Abang Nara salah. Secara jujur, kali ini Abang Nara sangkakan Zizan akan membolot beberapa kategori, namun tiada sekali pun namanya disebut sebagai pemenang.

keputusan abpbh2013

Namun kesemua para pemenang sangat-sangat layak membawa trofi untuk kategori masing-masing. Pemenang besar sudah tentu Aaron Aziz yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2013 dan juga Pelakon Filem Lelaki Popular. Turut membawa pulang 2 trofi ialah Siti Saleha untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Drama Wanita Popular.

keputusan abpbh2013

Jepp Sepahtu juga berjaya mengenepikan Zizan Razak untuk kategori Artis Komedi Paling Popular. Sementara kejutan paling besar sudah tentu apabila nama Achey diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Lelaki Popular menewaskan Waris, Dazrin, Nomad dan Mikael Andre. Turut membuat kejutan ialah Shah Iskandar yang membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular.
keputusan abpbh2013

Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan anda. Semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu untuk anda meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi di masa hadapan. Kepada semua yang terlibat dalam ABPBH2013, tahniah diucapkan atas penganjuran kali ini. Kredit gambar Instagram ABPBH2013.

January 23rd, 2014

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) kian terasa. Semalam, majlis pengumuman senarai Top 5 untuk setiap kategori telah pun diumumkan. Kali ini, Zizan Razak mengungguli senarai dengan 5 kategori termasuklah 2 kategori online. Adakah kali ini Zizan akan berjaya membawa pulang anugerah Bintang Paling Popular pada malam 6 April 2013 kelak? Sama-samalah kita nantikan.

zizan abpbh2013

Apa yang mengejutkan Abang Nara ialah apabila terlihat nama Adi Putra di dalam senarai Top 5. Bukan menafikan kepopularitian pelakon ini, cuma selepas ABPBH2012 tahun lalu, Adi Putra telah pun melahirkan hasratnya untuk tidak lagi tercalon di dalam majlis anugerah ini. Adakah Adi Putra telah membuat “U-turn” secara senyap-senyap? Hanya dirinya yang tahu mengenai perkara ini.

adi putra

Antara nama lain yang membuat kejutan dan muncul di dalam senarai Top 5 ialah Ana Dahlia (kategori Pelakon Wanita Drama Popular), Akim (Pelakon Lelaki Drama Popular), Hazlin Hussain (Pengacara TV Wanita Popular) dan Ebby Yus (Artis Komedi Lelaki Popular). Apa pun, baca artikel ini sepenuhnya untuk melihat senarai penuh Top 5 ABPBH2013.

Artis Baru Lelaki Popular

1. Achey
2. Dazrin
3. Mikael Andre
4. Nomad
5. Waris

Artis Baru Wanita Popular

1. Atikah Suhaime
2. Chacha Maembong
3. Elfaeza Ulhaq
4. Hanis Zalikha
5. Zara Zya

Pelakon TV Lelaki Popular

1. Adi Putra
2. Akim
3. Izzue Islam
4. Johan As’ari
5. Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular

1. Ana Dahlia
2. Fasha Sandha
3. Neelofa
4. Raja Ilya
5. Siti Saleha

Pelakon Filem Lelaki Popular

1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Pekin
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Pelakon Filem Wanita Popular

1. Erra Fazira
2. Lisa Surihani
3. Nora Danish
4. Siti Saleha
5. Yana Samsudin

Artis Komedi Lelaki Popular

1. Ebby Yus
2. Jep
3. Johan
4. Rahim Sepahtu
5. Zizan Razak

Artis Komedi Wanita Popular

1. Didie Alias
2. Jihan
3. Noorkhiriah
4. Sharifah Shahira
5. Siti Chubby

Penyanyi Lelaki Popular

1. Awi Rafael
2. Black Hanifah
3. Hafiz
4. Hazama
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular

1. Alyah
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Artis Duo/Berkumpulan Popular

1. Altimet & Awi Rafael
2. Forteen
3. Hyperact
4. Stacy & Akim
5. Tasha Manshahar & Syed Shamim

Pengacara TV Lelaki Popular

1. Datuk AC Mizal
2. Johan
3. Nabil Ahmad
4. Nik Michael Imran
5. Zizan Razak

Pengacara TV Wanita Popular

1. Adibah Noor
2. Erra Fazira
3. Fara Fauzana
4. Hazlin Hussain
5. Neelofa

Penyampai Radio Lelaki Popular

1. AG
2. Halim Othman
3. Johan
4. Kieran
5. Ray

Penyampai Radio Wanita Popular

1. Abby Fana
2. Dina
3. DJ Lin
4. Fara Fauzana
5. Norshela Baharudin

KATEGORI ONLINE

Artis Lelaki Stailo

1. Adi Putra
2. Awal Ashaari
3. Karl Shafek
4. Nazim Othman
5. Shaheizy Sam

Artis Wanita Stailo

1. Fazura
2. Mizz Nina
3. Scha Alyahya
4. Yana Samsudin
5. Ziana Zain

Gandingan Serasi Di Layar

1. Aaron Aziz & Nadiya Nisaa
2. Aeril Zafril & Wawa Zainal
3. Azlee Khairi & Zara Zya
4. Zizan Razak & Siti Saleha
4. Izzue Islam & Tiz Zaqyah

Watak Jahat Dalam Drama / Filem Popular

1. Datuk Rosyam Nor
2. Hanez Suraya
3. Izreen Azminda
4. Nabila Huda
5. Sofi Jikan

Artis Berpengaruh Di Laman Sosial

1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Nora Danish
3. Shila Amzah
4. Yana Samsudin
5. Zizan Razak

Chef Selebriti Paling Popular

1. Chef Amran
2. Chef Anis Nabilah
3. Chef Nik Michael Imran
4. Chef Sherson Lian
5. Chef Wan

Aksi YouTube Paling Popular

1. Parodi Sayang (Bobo)
2. Parodi Gwiyomi (Nora Danish)
3. Anak Tomok OIAM Merajuk (Tomok)
4. Macam Cantik Je Macam Comel Je Versi Nasyid (Amar)
5. Mengajar Kanak-Kanak Riang (Mat Luthfi)