July 14th, 2014

Hebat sungguh Malaysia ini. Ingatkan hanya CD cetak rompak dijual di pasaran, rupa-rupanya baju Melayu cetak rompak pun ada. Yang jadi mangsa ialah Aaron Aziz yang bekerjasama dengan Jakel untuk menghasilkan “baju Melayu Aaron Aziz”. Pasti  “baju Melayu Aaron Aziz”.ini rekaannya amat unik, menarik dan menyerlahkan kemachoan si pemakainya sehingga ada orang yang mahu mencetak rompaknya.

baju melayu aaron aziz

Biasalah kalau dah femes mesti semua benda yang berkaitan dengan diri anda akan ditiru. Kalau anda seluar dalam Aaron Aziz pun confirm kena cetak rompak punya. Kalau Abang Nara jadi Aaron pun pasti sedih. Iyerlah, baju cetak rompak itu sedikit sebanyak akan merendahkan jualan baju asli. Kuranglah keuntungan yang boleh diperolehi. Kata Aaron:-

Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.

Saya ada lihat mereka menggunakan nama ‘Aaron Jakel’ atau ‘Zizan Jakel’ dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti.

Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan.

baju melayu aaron aziz

Secara jujur, Abang Nara cari juga apa keunikan “baju Melayu Aaron Aziz” ini. Selain daripada sampinnya yang agak menarik, tak nampak pulak ciri-ciri unik yang membezakan dengan rekaan baju Melayu biasa. Mungkin kena beli satu dulu dan pakai untuk rasa sendiri. Entah-entah bila pakai badan terasa ‘tough’ macam Aaron kot. Hehehe. Apa pun, sabarlah Aaron Aziz. Abang Nara yakin peminat setia pasti akan beli yang ‘original’ sebagai tanda sokongan kepada anda. Info asal Mstar Online.

P.S: Korea Utara umum mara ke final World Cup 2014

September 27th, 2013

Fuh~~ Abang Nara kalau lenguh leher pun dah rasa stress semacam. Inikan pula Aaron Aziz yang kena sakit sendi tengkuk sehingga menyebabkan lehernya senget. Tak boleh bayangkan betapa sakitnya. Nasib baik dapat cepat kesan menerusi imbasan Xray. Kalau lambat mesti lagi serius jadinya.

aaron aziz sakit

Abang Nara bukan doktor jadi tak faham langsung keputusan ujian Xray yang telah dikongsikan oleh Aaron Aziz menerusi akaun Instagramnya. Namun menurut isterinya, Aaron telah dibenarkan keluar daripada Hospital Prince Court selepas menerima 3 suntikan steroid di leher. Kata Diyana kepada Utusan Malaysia:-

Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan. Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua. Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan

aaron aziz sakit

Diharap Aaron Aziz dapat membahagikan kerjaya dan masa berehat secukupnya selepas ini. Kerja memang kena pulun, tapi badan biarlah kasi rehat betul-betul. Nanti tak pasal-pasal sakit pulak sampai susah nak kerja. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar Aaron Aziz lekas sembuh dan selamat menjalani fisioterapi kelak.
bestbuyP.S: BestBuy-World kembali dengan promosi yang menarik dan barangan-barangan yang terbaru. Dapatkan barangan kosmetik berjenama pada harga yang rendah. Memang betul murah. Tak percaya? Jom layari www.my.bestbuy-world.com untuk pembelian segera. Jangan lupa untuk LIKE Facebook BestBuyWorldMalaysia untuk maklumat lanjut.

July 23rd, 2013

Agak terlambat sebenarnya Abang Nara berkongsi kisah ini. Perkara ini berlaku minggu lalu dan mengejutkan banyak pihak. Mana tidaknya, selama ini Aaron Aziz dilihat sebagai seorang yang rileks dan cool. Siapa sangka Aaron boleh mengeluarkan kata-kata yang kurang elok didengar menerusi Instagramnya.

aaron aziz

Kejadian ini berlaku apabila ada peminat Aaron Aziz yang menegur cara duduk anak perempuannya yang dilihat seperti tidak sopan dan menyuruh aktor Singapura itu mengajar anaknya cara-cara duduk yang lebih tertib dan sopan. Gambar tersebut telah dikongsikan oleh Aaron menerusi akaun Instagramnya.

aaron aziz

Mungkin bengang dengan teguran yang diberikan, Aaron Aziz mengamuk dan mengeluarkan kata-kata berikut di Instagramnya.

aaron aziz

Agak kasar jugak kan? Namun mungkin cara teguran si peminat itu tidak betul dan kasar sehingga menyebabkan Aaron Aziz melenting. Seharusnya si peminat kenalah bertolak ansur dan tak mengambil pusing sangat. Kanak-kanak standarlah posing macam itu. Dah nama pun kanak-kanak kan?

P.S: BMW raikan ulangtahun ke 50 untuk enjin diesel mereka

April 26th, 2013

Kasihan sungguh insan yang bernama Aaron Aziz ini. Bukan senang mencari rezeki di negara orang. Bermacam-macam dugaan yang menimpa. Memang Aaron tak pernah lekang daripada kontroversi. Terbaru, Aaron Aziz dikatakan tiada permit untuk mengarah.

aaron aziz

Walaupun isu tersebut sudah selesai apabila Aaron Aziz berkongsi gambar resit pendaftarannya sebagai ahli FDAM, sedikit sebanyak tetap ada impak negatif terhadap kerjayanya. Bercakap kepada Kosmo hari ini, Aaron Aziz berkongsi sedikit kisah dirinya diserbu di Malaysia:-

Kejadian diserbu sebegini bukanlah kali pertama kerana ia sudah berlaku sebanyak tiga kali ke atas diri saya. Sebelum ini pihak FINAS pernah membuat pemeriksaan sama ada saya memiliki permit ketika berlakon dalam filem KL Gangster serta drama Adam Dan Hawa dahulu. Sebelum ini saya pernah mengarahkan sebuah telefilem berjudul Kekasih Awal Dan Akhir pada tahun 2011, tetapi tiada pula mana-mana pihak yang datang membuat serbuan. Sudah tentu kejadian ini menimbulkan sedikit kehairanan, tetapi saya tidak mahu tuduh kalau ada orang yang ada hasad dengki. Lebih penting saya terus diberikan rezeki oleh Allah, meskipun berhadapan dengan pelbagai kontroversi selama ini

aaron aziz

Tak apalah Aaron. Tak perlu takut kerana anda memang masuk ke Malaysia dengan saluran yang betul. Dah dapat status PR dah pun. Pedulikan mereka yang dengki dengan anda. Yang penting anda jujur untuk mengembangkan lagi industri seni Malaysia. Go Aaron go!!!

vanitymask

P/S: Gaji dah masuk? Masih ada 4 hari lagi! Hampir semua Cardigan, Blouse dan Top di VanityMask kini berharga RM39 sehingga 30 April 2013. Apa tunggu lagi? KLIK SINI