July 24th, 2015

Fynn Jamal mempunyai segelintir peminat yang layak digelar kipas susah mati @ die hard fans. Peminat-peminat ini menjadikan Fynn Jamal sebagai idola mereka, menyokong segala tindak tanduk dan ada kalanya kelihatan seperti terlalu mengagungkan Fynn Jamal. Secara jujur, Abang Nara takut juga bila tengok komen-komen kipas susah mati Fynn Jamal ini. Nampak macam Fynn seperti tak pernah buat salah dan sentiasa betul.

fynn jamal

Menyedari hakikat tersebut, Fynn Jamal memohon peminat agar jangan terlalu obses dan tidak menjadikannya idola. Penyanyi merangkap penyair itu turut sama menjelaskan tindakannya yang selesa mengambil langkah tidak membalas, terus membuang dan menyekat sebarang komen yang mengundang unsur negatif di Instagramnya. Fynn Jamal juga turut menafikan dakwaan yang dirinya adalah seorang sombong. Kata Fynn:-

Advertisement

Tidak salah minat saya tapi jangan keterlaluan. Gelaran idola itu membuatkan saya takut jika tidak dapat melakukan sesuatu yang orang lain boleh contohi.

Jika ada komen yang menyakitkan hati, saya terus buang atau sekat orang itu. Saya tidak mahu komen itu mengundang pergaduhan sesama peminat.

Ini bukan kali pertama saya dengar perkara ini (dilabel sombong oleh orang luar). Mungkin sebab secara luaran dan penulisan puisi saya yang agak ‘keras’ membuatkan mereka berkata demikian. Tapi itu semua bukan realiti, kenal dulu baru tahu saya macam mana.

Ramai pada mulanya berkata saya sombong, tapi apabila jumpa mereka terus minta maaf. Sebabnya mereka salah anggap dan percaya apa yang ditulis di laman sosial. Jangan jangan nilai seseorang itu secara luaran sahaja.

fynn jamal

Menilai orang dari segi luaran adalah satu lumrah kehidupan dan perkara yang perlu dielakkan. Abang Nara bersetuju dengan nasihat Fynn agar para peminatnya tidak terlalu obses dengannya. Fynn hanyalah manusia biasa. Pasti ada kesilapan yang dilakukan olehnya. Jangan kerana terlalu meminati seseorang kita mengiyakan sahaja kesalahan yang dilakukan. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Harian Metro.

Advertisement