May 20th, 2020

Berkelakuan aneh dan berpakaian pelik, pelakon Iqram Dinzly sekali lagi curi tumpuan netizen apabila didakwa meniru gaya berunsur illuminati dan Freemanson.

iqram dinzly illuminati

Berkongsi beberapa keeping foto di laman Instagramnya hasil daripada IG live, beliau dilihat seakan mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu membentuk simbol segi tiga.

Lebih mencurigakan, gaya tersebut juga turut terpahat nama Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan Nabi Adam AS.

Tindakan Iqram mencetus rasa kurang senang di kalangan pengikutnya. Malah ada yang mendakwa lambang berkenaan bermaksud syaitan.

Iqram bagaimanapun menyelar komen berkenaan dan masih teguh dengan pendiriannya.

Menjengah ke ruangan komen juga, ada dalam kalangan pengikutnya seakan mendakwa Iqram kini sudah terpesong daripada akidah Islam yang betul.

Namun sehingga hari ini, masih ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya motif pelakon ini berbuat demikian.

Sumber: Forum Cari

July 28th, 2015

Nora Danish bulan ini nampaknya tidak habis-habis dihimpit dengan kontroversi, masih lagi panas dengan isu perbalahan beliau bersama bekas isteri Nedim Nazri, terbaru kecoh di Instagram Nora apabila ada peminat beliau telah mempertikaikan bentuk segi tiga yang dilukis di leher beliau yang dianggap menyerupai lambang Freemanson.

Mendapat pelbagai komen negatif mengenai foto berkenaan, Nora akhirnya telah tampil menafikan perkara tersebut dan meminta agar peminat tidak terlalu berfikiran negatif.

Freemason? Gila Ke apa Korang Ni? Cuba goggle Freemason punya lambang!!! Jgn negatif sgt la dgn semua benda. Tolong lah.

Memang jelas ada lukisan berbentuk segi tiga berwarna perak di leher Nora Danish, tetapi kita tidak boleh terus menuduh yang ia berkaitan dengan iluminati. Memang minda masyarakat kita harus berubah, takkan semua segi tiga mesti ada unsur iluminati?  Relax la..

Sumber Berita: Murai