May 30th, 2015

Semalam telah berlangsung majlis perkahwinan pengacara Selamat Pagi 1Malaysia, Iesya Toh bersama  pasangan Huzairee Mohamad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Khabarnya, majlis tersebut telah mendapat tajaan sehingga mencecah RM 5 juta. Wow!

Iesya yang ditemui pada majlis tersebut memberitahu rantai yang digayakan oleh beliau pada majlis akad nikah hampir sama harganya dengan sebiji kereta mewah Ferrari. Busana yang turut digunakan oleh beliau sudah mencecah RM 300,000.

Majlis perkahwinan Iesya sebenarnya mendapat tajaan daripada 57 syarikat yang merangkumi majlis berinai, bersanding dan bertandang. Selain itu, beliau turut menerima insuran kesihatan dan simpanan bernilai RM1 juta sebagai hadiah perkahwinannya.

Mendapat beberapa kritikan daripada sesetengah pihak, Iesya menjelaskan beliau tidak pernah mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk.

Saya tidak minta semua itu. Apa yang diberikan adalah atas perbincangan bersama. Suami saya orangnya mudah. Kalau dia okay, saya pun okay. Tidak ada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Masjid An Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusoff Abdullah dan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Sanny Toh Abdullah.

Iesya telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000. Pihak lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan pada esok hari di Padang Angkasapuri, RTM.

Sumber Berita: Harian Metro

May 29th, 2015

Pengacara Selamat Pagi Malaysia akhirnya telah bergelar isteri kepada Huzairee Mohamad dalan sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Wisma Berita, Angkasapuri pada pagi tadi.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Masjid An Nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, Ustaz Mohd Yusoff Abdullah dan disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, Sanny Toh Abdullah.

Iesya telah menerima mas kahwin sebanyak RM 1,001 dan wang hantaran berjumlah RM50,000. Pihak lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan pula membalas dengan sembilan dulang hantaran. Majlis resepsi pasangan ini bakal diadakan pada esok hari di Padang Angkasapuri, RTM.

Buat pembaca BeautifulNara, mari kita lihat beberapa lagi foto sekitar majlis pernikahan Iesya Toh dan Huzairee Mohamad yang telah diambil oleh Zaim Rosli Photography, dengan membaca artikel ini sepenuhnya.