September 24th, 2009

scha al yahya

Sesungguhnya indah sungguh ciptaan Tuhan yang bernama manusia ini. Cukup sempurna tambah-tambah lagi bila di pagi hari Raya. Tersangatlah comel Scha Al Yahya di mata kami nie. Simple je. Tak perlu make up tebal-tebal dan tak perlu pakai baju berkelip-kelip. Tetap maintain cute gitu. Memang meruntun jiwa raga tengok Scha nie.

Gambar-gambar Scha Al Yahya di Hari Raya nie kami amik daripada Facebook Scha. Korang pun boleh add Scha kat Facebook kalau nak tau latest update pasal dia.  Yang terbaru katanya Awan Dania musim ke 2 akan keluar kat Astro Ria 28 September nie. Inilah contoh artis-artis yang bijak menggunakan teknologi Internet untuk lebih mendekati peminat-peminat dia. At least walaupun jauh di mata tapi dekat di Facebook. Hehehe.

Lagi gambar Scha Al Yahya di pagi Aidilfitri dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

scha al yahya

July 30th, 2009

fauzi

Nampaknya sesusah mana pun kami bagi kuiz, pasti anda boleh jawap. Nie yang rasa malas nak bagi kuiz nie. Memang tepat sekali tekaan anda semua yang lelaki bersama Scha di dalam artikel sebelum ini ialah Fauzi Baadila, seorang pelakon Indonesia.

Sebenarnya Scha telah diterbangkan ke Bandung Indonesia untuk jadi model dalam video klip kumpulan Hujan. Untuk lagu apa tak tahu plak. Tapi maybe lagu Kotak Hati kot. Takpun lagu Mencari Konklusi. Oh lupa, Hujan akan jadi artist of the month untuk Channel V nanti. So jangan lupa tengok.

Bercakap pasal Fauzi Baadila nie, dia sememangnya tak ada skandal apa-apa dengan Scha. Fauzi Baadila dah berkahwin dengan seorang model berumur 19 tahun. Ada darah-darah orang Uzbekistan sikit bini dia nie. So setakat Scha nie maybe dia pandang sebelah mata jer kot.

Antara filem dan drama lakonan Fauzi Baadila ialah 9 Naga, Suami-Suami Takut Istri dan Tentang Kamu. Kitorang tak pernah tengok lakonan dia tapi dari dengar ceritanya hebat jugak mamat nie berlakon. Mungkin sebab tue dia dia dipanggil jadi hero dalam video klip Hujan nie kot.

Lagi gambar Scha Al-Yahya dan Fauzi Baadila dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fauzi

fauzi

fauzi