Written by Bella | December 23rd, 2015

Bakal berkahwin pada hari Jumaat ini bersama pengurus restoran Kulcats, aktres Nabila Huda memberitahu beliau hanya menginginkan sebuah majlis yang ringkas serta sederhana sahaja.

Nabila akan mengadakan majlis pernikahan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi.

Menurut Nabila jika perkahwinan beliau kali ini adalah seperti yang beliau impikan, maka ia akan menjadi yang terakhir dalam hidup beliau.

Apa yang saya bayangkan, majlis perkahwinan itu nanti akan diadakan secara serba ringkas di mana ia hanya melibatkan majlis pernikahn sahaja.  Sekiranya perkahwinan kali ini jadi seperti apa yang saya fikir, saya bayangkan dan saya impikan, insyaAllah ia adalah yang terakhir dalam hidup saya.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011. Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahu ia kekal sehingga ke akhir hayat. Tahniah kami ucapkan kepada Nabila Huda yang bakal berkahwin pada hari Jumaat ini, semoga masjid yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke jannah dan dilimpahi dengan kebahagiaan.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | December 22nd, 2015

Setelah Nabila Huda mengumumkan beliau bakal bernikah pada bulan Disember ini, peminat ingin sekali tahu tarikh sebenar perkahwinan beliau. Namun, Nabila nampaknya enggan lagi mendedahkan perkara tersebut.

Terbaru, bapa beliau iaitu penyanyi rock terkenal Amy Search mengesahkan bahawa anaknya itu bakal bergelar isteri pada 25 Disember ini.

Menurutnya, majlis pernikahan Nabila bersama kekasihnya yang merupakan pengurus restoran Kulcats akan diadakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 9 Pagi.

Walaubagaimanapun, Amy menjelaskan beliau tidak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai persiapan kahwin anaknya itu kerana ia diuruskan oleh ibu Nabila.

Saya hanya diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini. Selebihnya, semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila.

Buat Amy bakal suami Nabila mempunyai personaliti yang agak baik kerana beliau hormat pada orang sekeliling. Sebagai seorang bapa, Amy mendoakan kebahagiaan Nabila dan berharap perkahwinan kedua beliau ini berkekalan.

Nabila Huda sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Eddie atau nama sebenarnya Zaidi Zailani pada 20 Disember 2008. Namun, mereka berdua bercerai pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan Nabila dan Eddie dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Sumber Berita: mStar Online