February 9th, 2016

Maaflah kalau harini kami banyak up artikel foto perkahwinan sahaja, nak buat macam mana minggu lepas dan minggu ini memang banyak cerita artis kahwin. Hehe..

Semalam kami ada sertakan beberapa foto sekitar majlis akad nikah Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang cukup meriah dan mengejutkan lebih-lebih lagi semasa Sam prank Syatilla semata-mata untuk berikan kejutan harijadi buat beliau.

Hampir nak gugur juga jantung kami dibuatnya, bayangkan pula Syatilla masa tu baru lepas nikah tup-tup suami jatuh rebah macam tu, mau tak terkejut?

Hari ini pula kami sertakan beberapa lagi foto akad nikah mereka selepas kejutan tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

February 8th, 2016

Dengan sekali lafaz, Shaheizy Sam dan Syatilla akhirnya sudah sah bernikah sekitar jam 9 malam semalam bertempat di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Sam menyerahkan mas kahwin RM10,082 manakalah jumlah hantaran dirahsiakan. Pasangan tersebut dinikahkan oleh , Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki. Kedua-duanya tampak cukup segak dan manis dalam busana serba putih.

Selepas selesai sesi batal air sembahyang, Sam telah melakukan gimik yang cukup memeranjatkan apabila berlakon tiba-tiba sesak nafas dan pengsan hanya demi membuat kejutan hari jadi buat isterinya itu.

Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Bukit Jawi Golf Villa esok manakalah majlis di pihak Sam pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari ini.

Tahniah sekali lagi buat Sam dan Syatilla. Semoga perkahwinan anda berdua kekal sehingga ke akhir hayat.

Khas buat peminat mereka, kami sertakan 32 lagi foto sekitar majlis pernikahan mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita: BH ONLINE

Kredit foto: TV9 Malaysia

February 8th, 2016

Tahniah diucapakan kepada pasangan sensasi Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang sah bergelar suami isteri sebentar tadi hanya dengan sekali lafaz.

Sam menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 10,082 kepada Syatilla.

Majlis akad nikah itu berlangsung di Bukit Jawi Golf Resort, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Saat sah dinikahkah, Sam sempat melaungkan I Love You kepada Syatilla.

Sumber Foto: TV9 Malaysia

Sumber Video: Harian Metro

Nantikan kemaskini selanjutnya di beautifulnara.com