Written by Bella | May 4th, 2016

Semalam, foto Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak menjadi topik hangat di Internet terutama sekali di laman forum tempatan.

Ramai yang yakin bahawa jejaka tersebut merupakan kekasih Juliana kerana mereka tampak cukup mesra bersama dan difahamkan jejaka berkenaan bukan calang-calang orangnya dan dari kerabat diraja Johor.

Tidak mahu terus berahsia, Juliana akhirnya mengakui  rapat dan sedang kenal hati budi jejaka berkenaan dan tidak menafikan temannya itu adalah kerabat diraja.

Ya, saya akui sedang rapat dengan pemuda itu. Kami masih dalam proses mengenali hati budi.

Buat masa ini memang ya dialah pemuda yang dekat dengan saya. Namun maaf saya belum boleh kongsi siapakah namanya. Tetapi tumpuan utama saya ialah pada kerja.

Wah, memang betul tekaan orang ramai bukan? Pandai juga Juliana cari calon kekasih yang cukup tampan. Namun, rupa bukan ukuran, yang penting mereka berdua serasi bersama dan jejaka tersebut mampu untuk membahagiakan Juliana.

Sumber Berita : Mangga Online

Written by Bella | May 3rd, 2016

Foto Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak yang dimuat naik oleh beliau ketika menghadiri sebuah majlis di Concorde Hotel Shah Alam mencetuskan pelbagai spekulasi dan rasa ingin tahu dikalangan peminat beliau.

Ada yang menganggap jejaka itu adalah kekasih hati Juliana kerana mereka tampak begitu mesra sekali. Malah,  ada satu gambar menunjukkan jejaka tersebut meletakkan tangannya di bahu Juliana.

Menurut mereka yang aktif di forum CARI, jejaka itu merupakan kerabat diraja Johor dan merupakan sepupu kepada TMJ. Betul ke?

Tidak dinafikan mereka berdua tampak cukup secocok bersama. Iyalah,  masing-masing mempunyai darah kacukan bukan? Ermm, kalau benar jejaka berkenaan kekasih baharu Juliana, kami harap mereka berdua ada jodoh bersama.  Mungkin juga mereka masih mengenali hati budi masing-masing, sebab itu Juliana belum bersedia untuk memberitahu status hubungan mereka kepada umum.

Sumber Berita : Forum CARI