Written by Bella | June 3rd, 2019

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka, seorang bayi lelaki pada 31 Mei lalu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Berita gembira itu diumumkan oleh Hanif menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya tengah hari tadi.

Hanis meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas kurniaan tersebut dan memaklumkan isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kehadiran bayi lelaki pertama dalam keluarga Anzalna. Kami sekali lagi mengucapkan tahniah kepada mereka. Tentunya Ramadhan dan Syawal kali pada tahun ini cukup bermakna buat Anzalna sekeluarga dengan kehadiran orang baharu.