January 5th, 2016

Selamat melahirkan cahaya mata pertama beliau bersama Romie Razin Adilha pada 30 Disember lepas, Hanez Suraya dan suaminya itu telah memilih nama Puteri Aleesya yang membawa maksud dilindungi.

Alhamdulilah Sabtu lalu, kami telah mengadakan sedikit majlis kesyukuran dan tahnik.  Selepas itu, saya dan suami telah bersepakat untuk memilih nama Putri Aleesya.

Puteri Aleesya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur secara normal.

Alhamdullilah, bagus juga maksud  nama cahaya mata Hanez Suraya. Semoga menjadi anak yang solehah.

Sumber Berita: Media Hiburan

January 4th, 2016

Meskipun hubungan Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha menjadi gosip serta kontroversi hangat sebelum ini, nyata jodoh mereka kuat sehingga jinjang pelamin dan sudah pun dikurniakan cahaya mata perempuan pada 29 December 2015. Bayi mereka dilahirkan secara normal dengan berat 3.5 kilogram.

Bakal menamakan anaknya itu dengan nama Putri, Hanez sempat meluahkan rasa syukur kerana segala proses bersalin berjalan dengan lancar.

Syukur sekejap rasanya hari ini sudah lima hari saya bergelar ibu. Setakat ini, semuanya lancar dan saya sudah mula rasai pengalaman bangun tengah malam tukar lampin bayi.

Hanya berkongsi separuh sahaja foto anak perempuannya itu sebelum ini, kali ini Hanez sudah memuat naik beberapa foto penuh yang menampakkan wajah anaknya itu di Instagram.

Satu majlis tahnik juga telah diadakan baru-baru ini buat bayinya i yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Baihaqi Molyana dari pusat tahfiz Raudatul Solihin, Banting.  Romie juga menunaikan nazar beliau menjemput 45 pelajar tahfiz pada majlis tersebut.

Khas buat pembaca Beautifulnara kami sertakan 2 lagi foto bayi mereka yang comel ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita: Berita Harian

December 30th, 2015

Tahniah kepada Hanez Suraya dan suami Romie Razin Adilha yang telah menyambut kelahiran orang baharu didalam keluarga mereka.

Hanez pada jam 9.48 malam semalam ( Selasa) selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.5 kilogram di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur secara normal.

Berita tersebut disahkan sendiri oleh suaminya menerusi portal BH ONLINE, malah Hanez juga ada memuat naik status di Instagram meluahkan rasa syukur dengan kurniaan besar ini daripada Allah SWT buat mereka suami isteri.

Ini merupakan anak sulung Hanez Suraya dan yang ketiga buat Romie. Sebelum ini Romie dikurniakan dua orang anak lelaki hasil perkahwinan bersama bekas isteri, Liyana Manan.

Sumber Berita: Berita Harian