May 16th, 2016

Sejak kebelakangan ini, nama Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim tidak henti dihimpit dengan kontroversi gara-gara cara mereka berdua mempromosikan perniagaan.

Fizo dan Mawar pada awalnya dikecam kerana memuat naik video pelanggan berasak sehingga bersentuhan lelaki perempuan kerana hendak mendapatkan tudung baharu Fareeda. Tidak lama selepas itu,  mereka sekali lagi dikritik apabila Fizo pula memberikan kopi percuma sehingga ada pelanggan yang lari serta anggup untuk merempuh pasukan RELA demi sebungkus kopi.

Disebabkan perkara itu, ada juga yang berpendapat mereka berdua menampakkan pelanggan seperti orang bodoh dan disamakan dengan lembu.

Jelas Fizo, tujuan utama beliau untuk memuat naik video di laman sosial semata-mata kerana ingin berkongsi kegembiraannya dengan sambutan hangat yang diterima terhadap produk beliau dan isteri.

Video itu dikongsi semata-mata saya seronok dengan sambutan yang kami terima, tiada niat lain. Saya sebagai selebriti berkongsi setiap aktiviti. Saya dapat banyak reaksi positif terutama komuniti terbabit dalam perniagaan. Malangnya, pihak tertentu hanya nampak yang negatif.

Lihatlah daripada sudut positif, kejayaan perniagaan orang Melayu boleh sampai ke peringkat itu, kalau ramai bersyukur rezeki kita akan bertambah. Kenapa isu telefon pintar, orang beratur malam-malam, tiada pihak kutuk.

Niat saya hanya hendak tunjuk kemeriahan di butik Fareeda, apabila kita keluarkan tudung koleksi terbaru tetapi sekiranya ia disalah erti, saya mohon maaf, mungkin khilaf saya.

Pada masa yang sama, Fizo memberitahu beliau kurang senang dengan sesetengah pihak yang menggelarkan pelanggan beliau bodoh dan sebagainya, ini kerana mereka bukan berebut untuk membeli tudung sahaja tetapi ingin berniaga.

Setiap tudung Fareeda mungkin harganya lebih daripada RM100 tetapi boleh dijual diluar sehingga harga RM400.

Ramai yang mengatakan mereka berebut semata-mata untuk beli tudung dan dikatakan bodoh. Saya pantang bila orang cakap pelanggan saya bodoh, mereka berebut bukan hendak beli tudung, tetapi rezeki mereka.

Fizo juga menjelaskan beliau tidak pernah menumpang tuah mertua ataupun isterinya. Setiap perniagaan yang beliau lakukan sekarang adalah atas usahanya sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Sumber Berita : Kosmo!

May 3rd, 2016

Nama Fizo Omar  dan isterinya Mawar Karim kembali hangat diperkatakan sejak beberapa hari lepas di media sosial apabila beliau sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila orang ramai berebut untuk mendapatkan kopi percuma dan nombor giliran bagi koleksi tudung Fareeda terbaru yang akan dilancarkan.

Dalam video yang dimuat naik di Facebook, ada wanita bahkan mereka yang sedikit berumur sanggup untuk mengasak pihak RELA untuk masuk ke dalam kawasan kilang Fareeda Group bagi mendapatkan kopi keluaran Fizo itu.

Beberapa pihak merasa tidak puas hati dan menyatakan Fizo masih lagi tidak serik meskipun isu pelanggan berebut tudung Fareeda tempoh hari masih belum lagi reda.

Berikut antara komen netizen :-

Ini pula video  yang telah menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lepas :-

Kami tidak mahu cakap banyak, tetapi mungkin Fizo boleh cuba cara pemasaran yang lain. Sebagai sifu ataupun business consultant anda pasti tahu menguruskan perniagaan dengan cara lebih berhemah dan tidak memalukan pelanggan.

March 10th, 2016

Fizo Omar dan Mawar Karim bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi, boleh dikatakan setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan ini menjadi perhatian ramai.

Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, ada pihak mula bertanya bila agaknya pasangan ini akan dikurniakan cahaya mata? Adakah Fizo dan Mawar mempunyai masalah kesihatan sedangkan adik Fizo yang baru sahaja berkahwin sudah memiliki seorang anak.

Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Fizo yang tidak cepat melatah dengan pertanyaan sebegitu menafikan dirinya dan Mawar ada masalah untuk mendapatkan zuriat, cuma belum rezeki untuk mereka berdua bergelar ibu dan bapa.

Bila orang terus bertanyakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab.

Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepada rezeki. Tetapi dalam masa yang saya kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.

Walaupun tiada kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan lagi kehidupan mereka suami isteri, Fizo bagaimanapun merasa syukur dengan kurniaan lain yang diberikan kepada mereak berdua.

Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki dia yang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain, yang harus kami syukuri.

Tidak apalah Fizo, lagipun anda berdua kini sedang sibuk dengan perniagaan masing-masing, mungkin belum waktu yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata. Perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berdoa dan berusaha.

Sumber Berita : Utusan Online