Written by Bella | July 20th, 2019

Ramai juga yang terkejut dengan perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim apatah lagi mereka mengatakan, perpisahan itu berlaku bukan disebabkan orang ketiga atau tiada keserasian.

Timbul pelbagai spekulasi sehingga ada yang menuduh ibu Fizo sebagai punca pelakon itu bercerai.

Kesal dengan segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya, ibu Fizo, Hasnah Jidin  menafikan dakwaan segelintir pihak dia dan keluarga menjadi punca perceraian anaknya. Malah dia sentiasa menasihati Fizo dan Mawar untuk tidak bercerai.

Ibu mana yang nak anak bercerai. Saya selalu menasihati Fizo dan Mawar supaya selesaikan masalah dengan baik.

Tak nak sampai perlu bercerai-berai. Saya sendiri tak setuju dan menentang keputusan mereka bercerai. Saya dan Mawar pun tak ada masalah semuanya okey.

Menurut Hasnah, dia tinggal bersama Fizo sejak anaknya itu belum mendirikan rumah tagga dan sepanjang tinggal bersama anak dan menantunya itu, dia tidak pernah menyusahkan kehidupan mereka. Kerap berulang alik ke rumah anak-anak lain juga.

Saya tak pernah menyusahkan sesiapa dalam rumah itu. Saya ada ramai anak tapi saya lebih selesa tinggal bersama Fizo. Dia yang menjaga saya sejak arwah suami meninggal dan kami sudah berbelas tahun tinggal bersama.

Tapi sepanjang enam tahun itu, saya bukan duduk di situ sahaja tapi selalu berulang-alik tinggal di rumah anak-anak yang lain juga.

Fizo pula berkata, perceraian yang berlaku adalah di atas persetujuan bersama dan tiada campur tangan keluarganya mahupun Mawar. Fizo berharap dengan kenyataan ini netizen akan berhenti mengaitkan keluarganya dan tidak lagi mencetuskan spekulasi melampau.

Sumber Berita :mStar Online

 

Written by Bella | July 16th, 2019

Bekas isteri Fizo Omar iaitu Mawar Karim yang baru sahaja bercerai minggu lalu dihujani dengan kecaman netizen, apabila dia keluar ke pusat beli-belah bersama anaknya serta mengenakan solekan cantik ketika dalam tempoh edah.

Dakwa netizen, Mawar sepatutnya menjaga tempoh edah, tidak boleh keluar rumah selama tiga bulan serta tidak dibenarkan tampil cantik dengan solekan di depan khalayak ramai.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat garis panduan bagi edah bercerai dan edah mati adalah berbeza. Bagi edah untuk bercerai, terdapat kelonggaran untuk wanita keluar dari rumah atas sebab tertentu seperti mencari rezeki dan urusan kecemasan lain.

Pada pendapat kami, bab hukum dalam agama adalah lebih untuk merujuk kepada pakar dan ahli agama. Janganlah kita memandai sedap jari menaip komen kerana takut jadi fitnah pula.

Sumber Berita : Astro Gempak

Written by Bella | July 15th, 2019

Hampir seminggu mengumumkan perpisahan, masih ramai juga yang terkesan dengan berita perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim, apatah lagi Mawar juga mengatakan keputusan untuk berpisah ini adalah pengorbanan terbesar dirinya demi kebahagiaan Fizo dan keluarga.

Pelbagai spekulasi mula timbul termasuklah dakwaan mengatakan Mawar mempunyai masalah dengan ibu mentuanya.

Menjawab segala persoalan, Fizo menerusi temu bual di program Melodi mendedahkan hubungan Mawar dengan ibu mentuanya baik-baik sahaja, tidak pernah timbul sebarang konflik.

Fizo akui khabar angin liar yang dicetuskan oleh netizen mengganggu emosi ibu dan keluarganya.

Percaturan Allah SWT adalah yang terbaik, sudah takdir untuk mereka berpisah dan tidak perlu lagi timbulkan sebarang spekulasi. Sama-sama kita doakan agar Fizo dan Mawar dapat terus mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka.

Written by Bella | July 11th, 2019

Kemelut rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim bertemu titik noktah apabila mereka sah bercerai talak satu selepas enam tahun melayari bahtera perkahwinan.

Tidak dinafikan, ramai juga yang terkejut dan sedih dengan berita tersebut kerana pasangan ini difahamkan tidak bergaduh besar serta masih lagi menyayangi antara satu sama lain.

Paling sayu dan menyedihkan apabila Mawar berkata, dia sanggup mengorbankan cinta dan kasih sayangnya demi kebahagiaan keluarga Fizo.

Menerusi laman sosial ada netizen tampil memberikan pandangan mereka berhubung isukeretakan rumah tangga pasangan berkenaan. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan sudah viral.

Pertama kali lihat pasangan artis penyayang dan

serasi berpisah

Kenyataan Mawar dan dia bersetuju dengan

komen salah seorang pengikut di IG tentang

campur tangan keluarga

Ibu bapa dan keluarga janganlah campur tangan

urusan rumahtangga anak menantu

Tiada siapa yang mengimpikan perceraian, namun apa yang berlaku adalah ketentuan takdir. Setiap yang berlaku ada hikmnya dan semoga  Fizo dan Mawar diberikan kesabaran dan kekuatan menempuhi dugaan ini.

Sumber Berita : Facebook