March 10th, 2016

Fizo Omar dan Mawar Karim bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi, boleh dikatakan setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan ini menjadi perhatian ramai.

Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, ada pihak mula bertanya bila agaknya pasangan ini akan dikurniakan cahaya mata? Adakah Fizo dan Mawar mempunyai masalah kesihatan sedangkan adik Fizo yang baru sahaja berkahwin sudah memiliki seorang anak.

Menjawab segala persoalan dan spekulasi, Fizo yang tidak cepat melatah dengan pertanyaan sebegitu menafikan dirinya dan Mawar ada masalah untuk mendapatkan zuriat, cuma belum rezeki untuk mereka berdua bergelar ibu dan bapa.

Bila orang terus bertanyakan soal ini selepas hampir tiga tahun berkahwin, jujur saya katakan tidak ada rasa marah atau malu untuk menjawab.

Kami tidak ada masalah kesihatan atau apa, cuma hal ini berbalik kepada rezeki. Tetapi dalam masa yang saya kami tetap berusaha. Buat masa sekarang juga kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam hal ini.

Walaupun tiada kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan lagi kehidupan mereka suami isteri, Fizo bagaimanapun merasa syukur dengan kurniaan lain yang diberikan kepada mereak berdua.

Bagi sesetengah orang mungkin di usia perkahwinan sekarang dia sudah mempunyai zuriat, tetapi itu rezeki dia yang saya tidak perlu pertikaikan. Sebabnya dalam waktu sekarang juga Allah sudah kurniakan kami dengan bermacam rezeki lain, yang harus kami syukuri.

Tidak apalah Fizo, lagipun anda berdua kini sedang sibuk dengan perniagaan masing-masing, mungkin belum waktu yang sesuai untuk mendapatkan cahaya mata. Perancangan Allah SWT itu adalah yang terbaik. Teruskan berdoa dan berusaha.

Sumber Berita : Utusan Online

November 12th, 2013

Ah~~ Memang seperti pinang dibelah dua Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim atau lebih dikenali dengan nama Mawar Fareeda. Kedua-duanya putih melepak, kedua-duanya otak business dan kedua-duanya tampan dan cantik. Memang saling melengkapi dan secocok sangat pasangan ini.

fizo omar dan mawar fareeda

Jambang yang ada di wajah Fizo Omar menambahkan lagi kemachoan dan kehenseman Fizo Omar di hari pernikahannya. Yang penting Mawar muncul dengan tudung Fareeda yang sangat cantik di hari pernikahannya. Memang satu langkah yang bijak, sambil kahwin sambil buat promosi serba sedikit.

fizo omar dan mawar fareeda

Abang Nara suka melihat wajah malu-malu pasangan ini ketika berciuman buat pertama kali. Hehehe. Semoga mereka berdua dikurniakan cahaya mata yang ramai dan kehidupan suami isteri yang bahagia sepanjang hayat.  Mesti anak mereka nanti sama comel dan cute macam ibu dan ayahnya. Sama-samalah kita doakan.
fizo omar dan mawar fareedaLagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Fizo dan Mawar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Faisol Mustapha MalaysianDigest.

bbw

P.S: BestBuy-World kembali lagi. Kini dengan lebih banyak barangan baru dengan tawaran yang semakin menarik. Memang murah dan semuanya berjenama. Original lagi tu. Dan dapatkan 500 mata ganjaran semasa mendaftar. Jom berjimat dengan melayari my.bestbuy-world.com atau FB BestBuyWorldMalaysia.

fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda
fizo omar dan mawar fareeda