May 23rd, 2011

juara mentor 5

Tup-tup kita sudah hampir sampai ke penghujung rancangan Mentor 5. Ramai yang terkejut dengan keputusan separuh akhir semalam. Rata-rata terkejut kerana peserta pilihan ramai, Salma tidak dapat layak ke final. Nasib baik TV3 membuka peluang kepada Salma dengan menukar format final Mentor 5 kepada 3 orang peserta. Adakah ini satu cara untuk TV3 meraih lebih banyak undi? Maklumlah Salma kan ramai peminatnya.

Apa pun, ramai yang berkata punca utama Salma mendapat markah yang rendah kerana over confidence. Mungkin ada benar juga kata-katanya itu. Bagi Abang Nara, mungkin Salma tidak cuba mengvariasikan persembahannya setiap minggu. Mungkin mentor Erra Fazira boleh cuba tengok balik di mana kelemahan yang ada. Yang penting, jangan over confidence takut menangis tak berlagu kalau kalah nanti

Apa pun sama-sama kita nantikan siapakah yang bakal bergelar juara Mentor 5 nanti. Final yang dikuasai oleh 3 orang wanita iaitu Salma, Shiha dan Iqa pastinya menjanjikan satu persembahan yang mantap. Siapakah juara Mentor 5 pilihan anda?

March 2nd, 2011

6 protege mentor

Baru lagi rasanya Abang Nara bergelak ketawa sampai keluar air mata tengok audition Mentor 5. Memang kelakar gila mereka-mereka yang datang untuk mencuba nasib bergelar protege Mentor 5. Kalau diorang pergi audition Raja Lawak confirm dapat punya. Siapa sini yang tak ketawa masa tengok audition Mentor 5 memang Abang Nara respek korang. Kelakar gila kot.

Di atas ialah 6 wajah-wajah protege yang bakal berentap di Mentor 5. Di bawah pulak ialah details diorang. Siapa yang korang rasa ada aura untuk menjadi juara Mentor 5?

6 protege mentor

Mentor : Erra Fazira
Nama Penuh : Salmah Binti A. Asis
Nama Panggilan : Salma
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Tawau, Sabah
Umur : 21
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Kerani

6 protege mentor

Mentor : Noh Hujan
Nama Penuh : Muhammad Faris Bin Mohamed Razali
Nama Panggilan : Ayish
Bangsa / Agama : Melayu/Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 21
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : –

6 protege mentor

Mentor : Edry Abd Halim
Nama Penuh : Nursyafiqah Nasratullah Bt Mohd Nor
Nama Panggilan : Iqa
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 25
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Eksekutif Insurans

6 protege mentor

Mentor : Afdlin Shauki
Nama Penuh : Ratnah Bt Awal
Nama Panggilan : Ratnah
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Ampang, Selangor
Umur : 26
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Penari Sambilan

6 protege mentor

Mentor : Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir
Nama Panggilan : Shiha
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Kuala Lumpur
Umur : 24
Jantina : Perempuan
Pekerjaan : Sendiri

6 protege mentor

Mentor : Rahim Maarof
Nama Penuh : Aiman Hakin Bin Ridza Abdoh
Nama Panggilan : Aiman
Bangsa / Agama : Islam
Asal : Shah Alam, Selangor
Umur : 22
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar