November 21st, 2013

Penanggal. Selaku orang Melayu, kisah seram mengenai penanggal  sering kali Abang Nara dengar. Lebih-lebih lagi ketika pulang ke kampung. Memang seram terbayangkan hantu penanggal ni berpisah kepala dengan badan dan terbang mencari mangsa dengan usus yang terlekat di kepala. Mangsa yang dicari tak lain tak bukan wanita yang sedang melahirkan anak.

penanggal

Mengikut imaginasi Abang Nara, rupabentuk penanggal lebih kurang macam gambar di atas. Seram kan? Jadi baru-baru ini apabila mendapat jemputan untuk menonton filem Penanggal arahan Ellie Suriaty, cuak jugak diri ni untuk menerimanya. Bukan apa, takut balik lepas tengok wayang ada terperasan benda-benda terbang akibat ketakutan yang melanda.

penanggal

Setelah berfikir panjang, Abang Nara gagahkan diri jua untuk melangkah ke The Curve untuk menonton filem Penanggal terbitan Grand Brilliance dan Astro Shaw ini. Rugi rasanya jika melepaskan peluang untuk melihat lakonan hebat Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Azri Iskandar, Zul Ariffin dan Datuk Sharifah Aini. Lagipun Abang Nara memang “die hard fans” Ummi Nazeera sejak melihat lakonannya dalam drama Nur Kasih dulu.

penanggal
Nampak cantik kan Ummi Nazeera di atas? Hayatilah kecantikannya kerana dalam filem Penanggal, memang wajah Ummi sangat lain. Bayangkan Ummi yang comel ini tiba-tiba bertukar menjadi garang, bengis, berdarah, menyeramkan dan seriau mata memandang apabila bertukar menjadi Penanggal. Hampir mengalir air mata Abang Nara namun itulah kehebatan teknik solekan yang digunakan dalam filem sera m ini. Memang boleh dipuji.

penanggal

Mengisahkan Murni (Ummi Nazeera) yang mewarisi saka penanggal daripada neneknya dan menimbulkan kekacauan di kampung yang disinggahinya, kemunculan Syed Yusof (Azri Iskandar) yang merupakan seorang penuh dengan ilmu agama dilihat dapat menyelamatkan Murni daripada kesesatan itu. Salah satu kekuatan filem Penanggal yang menelan belanja RM2.8 juta ini ialah mutu lakonan kesemua pelakonnya terutama Zul Ariffin yang memberikan impak maksima dengan watak lelaki yang nampak seperti jahat tetapi mempunyai hati yang bersih.

penanggal

Sinematografi filem Penanggal juga seharusnya dipuji kerana berjaya menimbulkan keseraman dan keindahan hutan dalam masa yang sama. Namun bagi Abang Nara, kekuatan filem Penanggal ini adalah daripada segi penceritaannya yang mudah difahami. Tidak ada kecelaruan, akhiran yang mengelirukan atau babak yang tidak masuk akal. Kesemuanya mudah untuk dihadam oleh para penonton tanpa perlu berfikir panjang. Nilai hiburan sebegini memang sukar dicari dalam filem seram.
penanggal

Salah satu adegan yang Abang Nara tidak boleh lupa ialah ketika Murni bergelut di dalam lumpur. Memang terserlah kepayahan Murni untuk cuba bangun daripada lumpur yang menyaluti dirinya. Daripada pemahaman Abang Nara, lumpur itu menggambarkan kegelapan dan kejahatan yang ada di dalam diri Ummi. Namun Murni cuba untuk keluar daripada kegelapan itu dengan usaha yang sekuat hati.

penanggal

Berjaya atau tidak untuk Murni pulang ke jalan yang diredhai Allah dengan bantuan Syed Yusof? Nak tahu kenalah pergi menonton filem Penanggal yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam bermula 28 November ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan sebuah filem yang mendapat pujian bukan sahaja daripada media tempatan, tetapi juga media antarabangsa. Tempah tiket hari ini juga . Takut-takut sold out nanti.

Advertisement
January 19th, 2012

Biduanita Negara, Dato’ Sharifah Aini memberitahu portal media GUA yang dia merasa sedih sewaktu menyarungkan cincin ke jari Fasha Sandha untuk satu babak majlis pertunangan dalam filem Penanggal arahan Ellie Suriaty:-

Masa sarung cincin tu Kak Pah sedih sangat. Kak Pah teringat yang mungkin Kak Pah akan melakukan perkara yang sama untuk anak Kak Pah nanti. Kak Pah harap sangat perkara itu akan berlaku.

Photobucket
Oh ya, nama anak Kak Pah ialah Aliff Omar dan memang segak orangnya. Kami berharap Kak Pah akan mendapat apa yang diharapkan tidak lama lagi. Dan sebenarnya juga, Kak Pah memang sudah lama tidak berlakon, tetapi beliau telah menerima tawaran oleh Ellie Suriaty untuk berlakon dalam filem Penanggal ini:

Secara peribadi Kak Pah suka sangat. Ellie sangat komited dan Kak Pah suka bekerja dengan dia. Dia seorang yang sangat berdedikasi dan Kak Pah nampak Ellie seorang pengarah yang sangat penyabar.

Kak Pah juga sempat berpesan kepada peminat yang merinduinya untuk menonton filem ini di pawagam:

Kepada peminat yang dah lama menanti Kak Pah, jangan lupa menonton filem ‘Penanggal’ di pawagam nanti. Walaupun babak Kak Pah tak banyak, tapi sedikit sebanyak kepada peminat yang rindu itu dapatlah hilangkan rindu mereka.

Oh ya, kami sebenarnya dah tak sabar nak melihat majlis perkahwinan Fasha. Sekalipun babak pertunangan Fasha dalam filem Penanggal hanya sekadar lakonan, kami berpendapat busana yang dikenakan Fasha untuk filem ini amat cantik sekali. Layan!
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Advertisement