August 29th, 2013

Ini sangat mengecewakan. Abang Nara memahami betapa sedih dan marahnya Syamsul Yusof. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibuat dengan kos RM4.5 juta tersebar di Internet untuk muat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik juga bagaimana perkara ini boleh terjadi.

kl gangster 2 download

Info yang Abang Nara terima daripada rakan Amanz.my semalam ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk. Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada “leak” yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya diorang sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.

kl gangster 2 download

Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana “leak” ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

Advertisement
August 2nd, 2013

Macam filem Hollywood. Memang padat dan penuh dengan aksi. Tengok trailer pun Abang Nara dah teruja. Memang tak sabar rasanya untuk menonton filem KL Gangster 2 yang bakal ditayangkan pada 3 Oktober ini. Terbaik!!!!

kl gangster

Patutlah Syamsul Yusof mengambil masa yang lama untuk menyiapkan filem ini. Kualitinya memang sangat memuaskan hati. Tak percaya? Sila tengok trailer di bawah.

Gua dah tak sabar nie bro!!!

Advertisement
December 31st, 2011

Tahun 2011 boleh dikatakan tahun yang sangat baik untuk industri filem Malaysia. Berdasarkan laman web Finas, 42 buah filem telah dan sedang ditayangkan (filem Papa I Love You baru ditayangkan bermula 29hb Disember 2011). Ini satu perkembangan yang sangat sihat. Persoalannya filem manakah yang memegang takhtan kutipan terbanyak untuk tahun 2011 ini?

kutipan filem malaysia 2011

kutipan filem malaysia 2011

Ternyata filem arahan Pengarah Terbaik FFM24, Syamsul Yusof iaitu filem KL Gangster masih memegang takhta dengan kutipan sebanyak RM11.74 juta. Filem Ombak Rindu yang dikatakan mampu menggugat KL Gangster berada di tangga kedua dengan kutipan sekitar RM10.79 juta. Manakala filem Ratu The Movie berada di tangga tercorot dengan kutipan sekadar RM200,000 diikuti dengan filem Abuya dengan kutipan RM220,000. Filem Suatu Malam Kubur Berasap tidak dikira kerana tempoh tayangan masih belum tamat.

kl gangster

Semoga tahun 2012 kelak akan dimeriahkan lagi dengan filem-filem yang mampu membangkitkan minat untuk orang ramai ke wayang. Sudah pasti KL Gangster 2 adalah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Adakah KL Gangster 2 akan mampu mencecah kutipan keramat RM15 juta sekaligus mencipta rekod sekali lagi? Sama-samalah kita nantikan 2012 nanti.

Update: Maaf, sebenarnya kutipan filem terendah ialah filem Apa Tengok-Tengok dengan kutipan RM0.19 juta.

Advertisement
September 9th, 2011

Oh my god oh my god. Selaku gangster Kampung Kerinchi, Abang Nara sungguh teruja dengan tweet daripada Abang Long aka Aaron Aziz di bawah. KL Gangster kemungkinan akan ada sequel/prequelnya. Tak sabar nak tengok. Mesti lagi ganas, mantap dan lebih bertenaga lagi.

filem kl gangster 2

Kepada Aaron Aziz, tolong sampaikan pesanan Abang Nara kepada Syamsul Yusof yek. Kot-kot dia nak pakai extra gangster, Abang Nara sudi menawarkan diri. Dulu Abang Nara tahap Abang Chik je lah tapinya. Kira dah ada pengalaman untuk melakonkan watak gangster dengan real. Hehehe.

Siapa sini tak sabar nak tengok KL Gangster 2 sila hempuk keyboard anda sekuat mungkin (kalau kena buang kerja Abang Nara tak jamin).

Advertisement