Written by Bella | August 24th, 2015

Que Haidar tidak pernah menyangka bahawa luahan pendapat beliau mengenai Festival Filem Malaysiea Ke 27 di laman Twitternya baru-baru ini akan menjadi satu topik hangat. Buat Que, beliau tidak pernah mempunyai sebarang niat untuk menghentam pihak FFM tetapi sebagai satu peringatan kepada pihak berkenaan agar memandang sesuatu perkara dengan lebih serius. Malah, Que juga tidak mempertikaikan sistem penjurian FMM 27.

Pertama sekali saya nak minta maaf kalau ada pihak yang terasa hati dengan kenyataan yang saya buat di Twitter. Tujuan saya buat tidak lain tidak bukan cuma ingin mengingat-ingatkan kepada pihak yang berkenaan. Bagi saya, kadangkala kita kena saling mengingatkan sebab kalau dibiarkan lama-lama, takut tak ada pula yang nak pandang serius hal macam ini.

Saya terpanggil untuk bersuara kerana rasa sayang dan cinta saya pada industri lakonan. Ini adalah semata-mata kerana keprihatinan saya. Kalau saya tak peduli, saya tak akan ambil kisah dan saya tak akan tegur. Benda macam ni orang akan ingat remeh dan bukan niat saya untuk mempertikaikan sistem penjurian.

Menegur dalam bentuk yang agak sinis, ramai tertanya adakah Que meletakkan harapan yang tinggi agar filem lakonan beliau Ophilia menang.  Namun, filem tersebut tidak tercalon dalam kategori  cerita asal dan kostum terbaik sedangkan mereka yang tercalon didalam kategori berkenaan tidak lah begitu hebat.

Bukan berharap nak menang pun tapi langsung tak tercalon. Itu yang saya hairan. Kalau tengok pada pencalonan top 5, kostum yang dipakai dalam filem-filem itu, semuanya pakaian biasa. Yang tak perlu beria-ia sangat pun boleh tercalon. Nampak jelas sangat kot. Itu yang menyebabkan saya rasa terkilan dan terpanggil untuk cakap. Kalau ini untuk anugerah popular, lainlah. Tetapi kita sedang bercakap mengenai FFM, sebuah anugerah yang berprestij.

Bukan sahaja orang di dalam industri yang angkat ia sebagai berprestij, bahkan khalayak ramai juga anggap ia begitu. Jadi janganlah buat pemilihan tu ikut rasa semata, suka tak suka. Kalau nak buat begitu jangan ada juri, buka secara undian biar semua orang buat pemilihan ikut rasa. Contohnya kalau sesebuah filem itu dipilih kerana kontroversi , popular atau gosip.

Mungkin teguran Que itu ada betulnnya, apa salahnya untuk pihak FFM buka mata mereka dan menerima pandangan orang lain yang ada pengalaman serta jiwa dalam bidang seni untuk kebaikan bersama.  Lagipun industri hiburan serta seni di Malaysia ini kecil, kalau ada idea yang bagus sama-samalah usahakan.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by Bella | August 21st, 2015

Bersikap lantang dan berani menyuarakan pendapatnya sendiri, pelakon Que Haidar  di laman Twitter beliau baru-baru ini telah meluahkan rasa tidak puas hati atas pemilihan filem untuk Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) dimana filem lakonan beliau Ophilia tidak terpilih dalam kategori  cerita asal dan kostum terbaik.

Malah, Que juga menyifakan anugerah tersebut seakan anugerah kanak-kanak dimana  beliau juga berpendapat mereka yang bertanggungjawab dalam hal pencalonan tidak ada pengetahuan yang luas dalam menilai sesuatu filem.

Perkara itu juga mendapat perhatian aktor Bront Palare mungkin ada elemen didalam filem Ophilia yang tidak kena pada selera juri yang menilai sudut estetik sesebuah filem.

Bukan mudah untuk puaskan hati semua pihak,  kami rasa pihak yang menilai mereka untuk dicalonkan dalam FFM 27 adalah dikalangan mereka profesional dan tahu selok belok tentang dunia perfileman. Tidak menjadi salah sebenarnya untuk Que meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Sumber Berita: Twitter Que Haidar

Written by Bella | August 5th, 2015

Tidak dapat dinafikan pelakon Nur Fazura mempunyai karisma yang tersendiri dalam lakonan. Prestasi beliau boleh dikatakan cemerlang dan akhirnya segala kerja keras beliau membuahkan hasil apabila tercalon dalam dua kategori di Festival Filem Malaysia (FFM) ke 27 iaitu Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita terbaik bagi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia serta Kami Histeria.

Saya sangat terkejut dengan dua pencalonan ini. Saya rasa seperti bermimpi dan cuba untuk kembali sedar daripada lamunan. Syukur ke hadrat Ilahi. Terima kasih pada juri yang menghargai hasil kerja saya.

Fazura akan bersaing bersama pelakon Izara Aishah didalam kategori Pelakon Pembantu Wanita terbaik dan juga Maya Karin serta Lisa Surihani  untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik.

Mengetahui Lisa serta Maya juga mempunyai kelebihan mereka sendiri, Fazura juga memberitahu Izara mampu memberi saingan yang kuat .

Pencalonan awal FFM 27 untuk Fazura ini telah menamatkan penantian beliau sendiri yang pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita pada FFM 17 lepas.

Adakah Fazura akan berjaya mengungguli trofi FM 27 atau tidak hanya akan terjawab 5 September depan ketika malam kemuncak berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sumber Berita: Berita Harian