April 11th, 2019

Baru-baru ini, viral di media sosial foto penyanyi Kaka Azraff yang menggayakan fesyen agak ‘unik’ iaituĀ serkup rambut berwarna biru. Penampilan Kaka itu menjadi perhatian ramai dan mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Ada juga yang jadikannya sebagai bahan jenaka, menyamakan ia dengan guni bawang. Menerima pelbagai kritikan, foto itu akhirnya dipadam di Instagram.

Menerusi satu kenyataan di Harian Metro, Kaka tidak sangka foto tersebut akan viral. Menurut Kaka, beliau bukanlah mangsa eksploitasi fesyen dan terpulangĀ pada pandangan masing-masing untuk menerima fesyen digayakan itu.

Tak ada apa yang saya nak komen mengenai foto itu. Ia gambar ketika sesi fotografi majalah dan eksperimental fesyen. Apa boleh dikata, saya suka meneroka sesuatu yang baru dan mencuba. Apatah lagi, berkaitan fesyen.

Jika foto itu tular, ia di luar kawalan saya. Namun, saya berharap janganlah membuat penilaian mudah. Saya juga tidak melihat diri sebagai mangsa eksploitasi fesyen menerusi foto itu. Ia kerana, tiada had dalam fesyen.

Terdapat pelbagai konsep jika berfesyen dan setiap satu gaya itu mempunyai maksud tersirat sendiri. Cuma, tidak semua yang pandai menilainya.

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : EH! Malaysia