September 17th, 2020

Pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan dan telah selamat menjalani pembedahan pada malam tadi.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh isterinya sendiri, Anati Ismail menerusi platform media sosial milik personaliti terbabit iaitu menerusi Twitter dan Instagram.

Anati turut memohon doa orang ramai supaya suaminya itu segera sembuh dan dipermudahkan urusan. Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa Fedtri telah mengalami kecederaan di bahagian wajah dan muka suaminya itu terpaksa dijahit.

Dalam entri instagram milik Fedtri memaparkan pengacara tersebut dalam keadaan lemah dipercayai berada di sebuah pusat perubatan kesihatan.

Namun begitu, tiada perincian mengenai kemalangan yang dialami Fedtri telah dimaklumkan oleh isterinya  itu.

View this post on Instagram

Secara langsung Kayuhan Hari Malaysia MHI

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan artis tampil mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Fedtri Yahya agar cepat sembuh seperti sedia kala.

September 15th, 2020

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang wanita bercakap dalam loghat utara namun gaya percakapannya itu menggunakan banyak bahasa kesat.

Sehubungan dengan itu, pengacara dan juga personaliti TV, Fedtri Yahya tampil menepis dakwaan sesetengah netizen yang beranggapan wanita dari negeri Kedah suka membebel dan bercakap perkara yang tidak senonoh.

Menurut pengacara yang terkenal dengan lenggok bahasanya yang indah ini, dia mempunyai ramai kenalan dari negeri utara namun baginya, rakan-rakannya itu masih menjaga adab dan tinggi budi bahasa.

View this post on Instagram

Kita ke tempat water lily pulak ye ??

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Dia dilhat menulis ciapan tersebut di ruangan twitter miliknya, semalam.

“Aku kenai ramai ja pompuan Kedah. Elok ja. Tengok keimanan orang jugaklah. Bukan kategori cakap satu ayat penuh ba*i anak h*ram semua. Jenis ni tak tau nak habaq lagu mana,”

Sebelum ini, wanita terbabit telah mendakwa dirinya telah dihalau oleh sebuah pemilik restoran asam pedas popular di Melaka selepas melakukan siaran langsung untuk membuat ulasan sebuah produk. Video tersebut telah menjadi tular di media sosial twitter dan facebook dan telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen.