Written by AbangNara | September 24th, 2010

// Sila skroll ke bawah untuk membaca artikel terbaru//

fahrin ahmad

Tak salah kalau kami katakan yang Fahrin Ahmad ini merupakan jejaka terhangat di pasaran sekarang ini. Masih bujang, tak ada girlfriend, baik orangnya dan yang pasti confirm menjadi menantu pilihan ibu-ibu di luar sana.

Baru-baru ini Fahrin Ahmad telah pun selamat menjalankan ibadah umrah semasa Ramadhan. Rasanya kalau tak silap raya pertama pun Fahrin masih berada di sana. Rasanya artis-artis di luar sana boleh jadikan Fahrin Ahmad sebagai seorang idola. Kami doakan agar Fahrin terus kekal bebas dari kontroversi murahan.

Dan yang terbaru semalam Fahrin baru jer menjadi host untuk rancangan Forum Perdana di TV1. Kagum kami dengan Fahrin. Kalau anda berminat nak mengetahui perkembangan Fahrin dari tuan punya diri, boleh join Facebook Fahrin Ahmad.

Lagi gambar Fahrin Ahmad semasa umrah baru-baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

celcom blackberry curve 9300

Baru-baru ini kami dah sharekan Celcom Biz Plan untuk Blackberry Curve 9300 3G, ramai yang bertanya apa yang bestnya guna Blackberry nie. Salah satu ke”best”an Blackberry bagi kami ialah kewujudan Blackberry Messenger (BBM). ├é┬áSenang cakap BBM nie adalah fungsi chatting untuk pengguna-pengguna Blackberry. Selamat, pantas, boleh share gambar atau video dan macam-macam lagilah.

Kalau anda pengguna Xpax dan inginkan BBM di Blackberry anda, cuma perlu SMS BB<space>ON dan hantar ke 28882. Jangan lupa untuk check Facebook Xpax (pergi ke tab XBerry) untuk tips-tips best pasal Blackberry dan berkenalan dengan mereka-mereka yang menggunakan BBM nie.

Dan yang paling best di Facebook Xpax ada bagi Blackberry Curve 9300 3G percuma setiap minggu. Anda cuma perlu pastikan komen anda di situ mendapat “Like” yang terpaling banyak.

Kami berani jamin yang anda akan gian gila bila dah start guna BBM macam yang terjadi kepada diri ini. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal Blackberry Curve 9300 3G, sila klik sini.

 
Written by AbangNara | May 6th, 2010

fahrin ahmad saman linda onn

Rasanya dah 2 bulan lebih kes saman Fahrin Ahmad kepada Linda Onn senyap begitu jer. Yang terakhir kami dengar kononnya pihak persatuan Seniman nak tolong setelkan kes nie di luar mahkamah. Lepas tue dah tak ada update apa-apa dah. Dah setel ke belum? Atau Fahrin Ahmad dah cancel nak saman Linda Onn? Nak gak tau perkembangan terkini.

Kami sebenarnya bukanlah nak menggalakkan agar kes saman ini diteruskan. Cuma time kes nie tengah panas, Fahrin Ahmad nampak macam beria benar nak menyamannya. Berani kerana benar katanya. Dan Linda Onn pun taknak mintak maaf sebab dia pun berani kerana benar. Sekarang nie tup-tup pulak Fahrin Ahmad nampak macam menyepikan diri. Mungkinkah ada sesuatu yang di sebalik tabir yang kita tak ketahui?

Harap-harap kalau Fahrin Ahmad baca nie, please update kami dengan kes saman anda. Nak gak tahu penghujung cerita nie. Dan yang paling penting nak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.

P.S: Jangan lupa layan episod ke 7 Project Alpha Musim Ke 2 kat atas tue.. Untuk pengetahuan anda, Project Alpha ada page YouTube diorang yang khas untuk anda semua layan video-video yang telahh diupload. Apa tunggu lagi. Sila pergi serbu sekarang.

Written by AbangNara | February 12th, 2010

facebook fahrin ahmad

Memang hebat. Rasanya tak sampai setahun Facebook Fahrin Ahmad dicipta, kini jumlah fans FB tersebut dah mencecah 100,000 orang. Kagum kami dibuatnya. Facebook BeautifulNara pun baru 3,700 orang. Takleh lawan ngan Facebook Fahrin Ahmad nie.

Kami kagum dengan si Fahrin nie yang walaupun sibuk gila tapi masih ada masa untuk buat posting di Facebooknya. Rasanya dalam seminggu ada 2 3 kali jugaklah dia update status FB dia. Dan setiap kali dia update status dia, beratus-ratus gak komen diterima dari peminat-peminat dia. Memang hebat!!!

Dan yang terbaru, 30 orang daripada fans FB Fahrin Ahmad bakal join Online Satay Parti yang bakal dianjurkan tak lama lagi. Kami kagum dengan kesungguhan Fahrin mempromosi dan mendekatkan dirinya dengan peminat melalui FB. Ini baru dikatakan adanya interaksi. Mungkin artis-artis lain boleh contohi Fahrin dari segi nie.

Kepada Fahrin, semoga terus maju dan bertambah fans dalam Facebook anda. Nanti kalau ada apa-apa update penting terutamanya tentang kes saman anda dan Linda Onn, jangan segan-segan update di FB ye. Good luck and all the best.