January 19th, 2015

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fauziah Latiff yang bakal mendirikan rumahtangga pada tahun ini. Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh penyanyi tersebut melalui program Melodi semalam. Walaupun begitu, maklumat yang lebih lanjut seperti tarikh dan identiti bakal suaminya masih lagi dirahsiakan. Tak apalah. Yang penting segalanya diharap berjalan lancar.

jee kahwin lagi

Kata Fauziah Latiff yang turut dikenali sebagai Jee:-

Insya-Allah, kalau sudah ada ‘confirmation’ baru saya akan maklumkan dengan lebih lanjut. Dia orang biasa juga sama macam orang lain

jee fauziah latiff

Pastinya Fauziah Latiff excited untuk bergelar isteri sekali lagi selepas sekian lama menyendiri. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Sama-samalah kita doakan. Amin.
tudung bidadaryP.S: Tampil lebih jelita bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan tudung ekslusif daripada www.bidadary.my. Anda pasti akan berpuas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Sekali dah pakai, mesti terasa seperti bidadari. Cubalah hari ini juga.

December 4th, 2014

Zaman muda-muda dulu, Fauziah Latiff ini merupakan salah seorang selebriti yang membuatkan Abang Nara tak tidur malam. Wajahnya yang penuh tenang, mulus dan jelita memang memukau sesiapa sahaja yang memandang. Terasa macam angau pun ada juga. Kini berusia 44 tahun, Fauziah Latiff atau lebih dikenali dengan nama Jee mengesahkan yang dirinya bakal berkahwin buat kali kedua pada tahun depan.

fauziah latiff kahwin

Jee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan telah berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata. Bercakap mengenai perkahwinan keduanya, Jee mengakui berdebar-debar. Kata Jee:-

Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.

Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami

fauziah latiff kahwin

Anak-anak Jee pun dah besar dan dah pandai menjaga diri sendiri. Memang sesuai sangat untuk penyanyi ini berkahwin sekali lagi. Orang kata, mencari kebahagiaan sendiri. Lama juga Jee hidup sebagai seorang ibu tunggal. Lepas ini ada suami pasti lebih bahagia. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin. Sumber Mstar Online.