Written by Bella | May 17th, 2017

Fattah Amin yang baru sahaja bergelar Bintang Paling Popular mengakui segala kritikan terhadap lakonan, nyanyian bahkan pelancaran bukunya sedikit sebanyak menjana populariti beliau. Menurut Fattah, setiap kritikan itu menjadi semangat untuk beliau terus berusaha  memberikan yang terbaik dalam setiap bidang yang beliau ceburi.

Pertama kali berlakon kena kutuk, menyanyi pun kena kutuk, keluarkan buku pun kena kutuk, hingga saya sampai ke tahap ini. Saya baca komen orang kritik saya malah di luar pun orang kata saya berlakon kayu. Untuk sampai ke tahap ini bukan senang.

Kritikan itu membantu sangat. Kalau saya mula masuk industri orang puji, saya tidak sampai tahap ini. Kritikan dan kutukan lagi memotivasikan saya. Itu yang membantu.

Bermula daripada menjuarai pertandingan Hero Remaja dan menjadi kru penggambaran, Fattah memberitahu bukan mudah untukbeliau terus popular seperti sekarang.

Sebelum saya berlakon kayu, saya bekerja di belakang tabir. Saya bermula sebagai kru, saya tahu susah kerja macam mana. Kepuasan saya dapat hari ini ialah hasil kerja keras dan kritikan membina sampai orang kutuk saya, saya mahu lagi berusaha hingga saya dapat hari ini.

Saya mahu bergelar pelakon versatil sesuai idola saya Datuk Rosyam Nor. Walaupun 50-an beliau sudah dikenali sebagai pelakon hero Malaya.

Baguslah Fattah tidak cepat melatah apabila menerima kritikan negatif dan menjadikan setiap komen yang diterima sebagai semangat untuk beliau membuktikan kemampuan beliau dalam setiap bidang yang diceburi. Akhirnya, beliau dinobatkan sebagai artis paling popular dan inshaAllah selepas ini rezeki beliau bertambah.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by Bella | May 15th, 2017

Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, Fattah Amin memberitahu beliau sudah tidak mahu lagi membicarakan soal percintaan dan kini mahu memberikan fokus kepada kerjayanya.  Sebelum ini, Fattah cukup hangat dengan gosip cinta bersama gandingannya didalam drama Suri Hati Mr Pilot iaitu Neelofa. Namun, hubungan mereka tidak kekal lama.

Saya sudah tutup buku dan tidak mahu komen tentang hal yang sudah berlalu. Jodoh, rezeki yang saya dapat dan ajal adalah tiga perkara yang saya tidak boleh jangka. Namun buat masa ini tiada sesiapa lagi dan seperti jawapan klise artis lain, sekarang masa untuk saya bekerja.

Berbicara mengenai kejayaan beliau meraih gelaran yang menjadi idaman ramai itu, Fattah merasa cukup bersyukur kerana segala usaha dan kerja kerasnya akhirnya berbaloi. Fattah pada masa yang sama mengambil kesempatan tersebut mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminatnya  yang sering menyokong beliau.

Alhamdulillah, rezeki ini memang tidak dijangka. Ini adalah hasil kerja saya sepanjang tahun yang mana sehingga hari ini saya belum pernah bercuti walaupun sehari. Macam semua tahu, semua benda saya nak buat, tapi saya tidak kisah tiada cuti dan tidak pernah rasa penat kerana saya suka dengan apa yang saya buat.

Kalau boleh saya mahu pecahkan trofi ini dan bagi kepada mereka kerana saya tidak tahu bagaimana nak balas apa yang mereka buat kepada saya. Saya akan memastikan melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang sebagai penghargaan kepada mereka.

Tahniah kepada Fattah kerana berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2017, harapnya dengan kemenangan ini, Fattah tidak akan lupa dengan sokongan peminatnya dan menjadi seorang aktor yang lebih baik di masa hadapan.

Sumber Berita : mStar Online 

Written by Bella | May 15th, 2017

Semalam telah berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 3.0)  dengan tema futuristik bertempat di di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tentu sekali pelbagai gaya selebriti yang boleh kita lihat pada acara karpet merah anugerah tersebut. Agak-agaknya siapakah yang tampil cantik dan kacak mengikut tema?

Jom kita layan beberapa lagi foto gaya selebriti di karpet merah ABPBH 3.0.

Kredit Foto : ABPBH.COM.MY / INSTAGRAM TV3 MALAYSIA / TONTONMY

 
Written by Bella | May 15th, 2017

Meraih populariti sehingga mencetuskan fenomena, seperti yang dijangkakan pelakon Fattah Amin telah berjaya dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 yang berlangsung malam semalam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Fattah juga memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan juga dua kategori online, Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Drama bersama Neelofa.

Menerusi kemenangannya bagi Bintang Paling Popular, Fattah telah berjaya membawa hadiah utama iaitu kereta jenis Peugeot 408 e-THP bernilai RM150,000 tajaan Kumpulan Naza berserta trofi.

Berikut kami sertakan juga senarai  penuh pemenang bagi setiap kategori di ABPBH 3.0 :-

1) BINTANG PALING POPULAR: FATTAH AMIN

2) PENYANYI LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

3) PENYANYI WANITA POPULAR: SITI NORDIANA

4) ARTIS DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: AKIM & THE MAJISTRET

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: KHAI BAHAR

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: SWEET QISMINA

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: ZUL ARIFFIN

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: FAZURA

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: FATTAH AMIN

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: JANNA NICK

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: ZIZAN RAZAK

12) PENGACARA TV POPULAR: NEELOFA

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: RADIN (ERA FM)

14)ARTIS VERSATIL POPULAR: IFA RAZIAH

Anugerah Khas

ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: ELLA

Kategori Online

GANDINGAN SERASI DRAMA: NEELOFA DAN FATTAH AMIN (SURI HATI MR.PILOT)

GANDINGAN SERASI FILEM: SYAMSUL YUSOF & NABILA HUDA (MUNAFIK)

PERSONALITI MEDIA SOSIAL: SI MAKHLUK MACHO

ARTIS BERPENGARUH LAMAN SOSIAL: NEELOFA

ARTIS SENSASI: FATTAH AMIN

Sumber Berita : BH ONLINE