Written by Bella | July 1st, 2019

Hamil pada usia 35 tahun yang diakui mempunyai risiko, pelakon Fasha Sandha menganggap keguguran yang dia alami sebelum ini adalah ketentuan takdir dan belum lagi mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.

Bukannya kerana dia membuat pengumuman tentang kehamilannya terlalu awal seperti yang disindir oleh sesetengah netizen.

Sebenarnya ia bergantung pada nasib dan rezeki seseorang itu sebab sebelum ini saya hamil Raysha, saya ada umum juga ketika kandungan di peringkat awal.

Ada orang hamil lima bulan pun boleh mengalami keguguran. Semuanya adalah rezeki. Tidak ada pun orang mengatakan kalau umum hamil awal nanti ada sesuatu tidak baik berlaku. Tapi, saya tidak kisah apa orang nak kata. Ikut pada mereka yang ingin menilai sebab semuanya berbalik pada soal rezeki.

Fasha mengalami keguguran pada 7 Jun lalu dimana usia kandungannya ketika itu hampir mencecah tujuh minggu. Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku, Fasha memberitahu dia akan lebih berjaga-jaga dan berehat secukupnya sekiranya diberikan rezeki untuk hamil lagi.

Di usia ini memang mempunyai risiko untuk hamil tapi apa yang dapat saya belajar selepas ini supaya tidak terlalu aktif. Jika hamil lagi, saya tak boleh lakukan banyak aktiviti sehingga tidak sedar diri sedang mengandung.

Tidak perlu ambil pusing dengan segala kritikan netizen, apa yang berlaku adalah ketentuan Tuhan dan pasti ada hikmah disebaliknya. InshaAllah, satu hari nanti ada rezeki untuk Fasha dan suaminya, Aidil Aziz menimang cahaya mata.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | June 12th, 2019

Beberapa hari lalu, pelakon Fasha Sandha dikejutkan dengan berita sedih dimana beliau mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah usia enam minggu.  Fasha akui sebab keguguran kandungan itu adalah kerana silap beliau yang tidak mengikut pesan doktor untuk tidak terlalu lasak ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dikala ramai yang mendoakan agar beliau dan suami, Aidil Aziz kekal tabah, ada pula individu yang meninggalkan komen agak biadab menyindir tindakan Fasha berkongsi tips cepat hamil sehingga terlupa tips untuk tidak gugur.

Tampil membidas komen tersebut, Fasha menjelaskan tujuan beliau berkongsi tips hamil hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.

Fasha juga memberitahu, beliau juga tidak serik berusaha untuk hamil lagi selepas ini.

Itulah kata orang, dikala kita dalam kesusahan ataupun ditimpa ujian, pasti akan ada seseorang yang menambahkan lagi duka di hati, mengkritik perbuatan kita seakan dirinya sudah cukup sempurna. Apa-apa pun, kami harap Fasha terus tabah, tidak perlu tertekan dengan segala komen negatif.

Sumber Berita : mStar Online