Written by serenity | May 15th, 2019

Hari ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan kepada pelakon Datuk Farid Kamil atas kesalahan menggunakan dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol Januari tahun lepas.

Foto: NST

Keputusan itu dibuat Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid, 38, yang sepatutnya membela diri hari ini, memilih untuk berdiam diri.

Harian Metro melaporkan, Mahkamah juga tidak membenarkan hukuman itu ditangguhkan dan Farid akan dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang hari ini juga.

Sebelum ini, mahkamah memerintahkan Farid membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan THC yang juga dadah ditemui pada ganja di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a), Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Lima saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula pada 18 Disember tahun lalu. –

Written by Bella | May 10th, 2019

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil mengaku bersalah atas tuduhan memberikan keterangan dan bukti palsu dalam laporan polis yang dibuat berhubung kes dadahnya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Dalam laporan polis yang dibuat sekitar bulan Februari tahun lalu, Farid mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga beliau bertindak ganas menyerang polis dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara.

Antara nama yang dikaitkan ialah Taj Innuendo, Osh Firdaus dan pelakon Sofi Jikan.

Pengakuan bersalah Farid itu disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Taj. Farid didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda RM2,000.

Sumber Berita : NST

Written by AbangNara | February 20th, 2019

Tahun lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita penahanan Farid Kamil yang didakwa positif ganja. Sehingga ke hari ini, kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah. Sudah pasti ia sedikit sebanyak menganggu kehidupan Farid Kamil bersama keluarganya, terutama apabila isterinya Diana Danielle merancang untuk melanjutkan pelajaran ke Los Angeles, Amerika Syarikat.

farid kamil

Menurut Farid Kamil, apa yang telah terjadi merupakan satu pengalaman pahit yang tidak mungkin akan dilupakan. Katanya:-

(Sambil melepaskan hela panjang). Sukar untuk saya lupakan perkara yang terjadi dalam hidup saya. Saya yakin tidak akan pernah melupakan pengalaman pahit itu selagi hidup.

Sekarang saya masih dalam perbicaraan. Kami telah memohon penangguhan tarikh memandangkan peguam bela yang mewakili saya dalam kes ini masih belum sembuh (selepas mengalami kemalangan). Saya amat berharap proses perbicaraan berjalan dengan lancar.

Saya terlalu penat untuk melalui proses naik turun mahkamah. Malah, akibat kes ini banyak urusan peribadi dan kerjaya seni telah tergendala. Seperti ramai sedia maklum, saya dan Diana merancang untuk menyambung pengajian ke luar negara. Agenda ini akan tergendala sehingga proses perbicaraan selesai.

Sekiranya gagal untuk mendapatkan pasport, saya terpaksa membenarkan Diana sahaja ke luar negara untuk meneruskan pengajian

farid kamil

Apa yang telah terjadi tidak boleh diubah. Namun semuanya perlu dijadikan pengajaran untuk Farid Kamil lebih berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan yang sama di masa hadapan. Semoga kes perbicaraan kes pelakon ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Sama-sama kita doakan. Sumber Kosmo.

Written by Bella | December 19th, 2018

Semalam perbicaraan tentang dakwaan kes dadah, Datuk Farid Kamil telah diadakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Dalam perbicaraan tersebut, seorang pegawai polis mengesahkan  keputusan awal ujian saringan air kencing  Farid adalah positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.

Menurut, Inspektor Mohd Faizal Abdullah, yang juga saksi pertama pendakwaan itu, proses ujian awal saringan air kencing itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11 Januari lalu, iaitu pada hari sama Farid menimbulkan kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara dimana beliau didakwa bertindak kasar dengan menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam.

Tangkapan itu dibuat terhadap Farid yang membuat kecoh dan kekacauan di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara dan saya diberi arahan untuk melakukan ujian saringan awal air kencing terhadap tertuduh. Saya menjalankan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak.

Farid juga menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan tertuduh berpuas hati dengan prosedur pungutan air kencing yang dijalankan.

Pada 25 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas kesalahan menggunakan THC, yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4.30 petang, tarikh sama.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : NSTP SUPIAN AHMAD