October 22nd, 2015

Sudah beberapa kali melakukan imbasan untuk mengetahui  jantina bayi mereka yang sudah berusia 8 bulan didalam kandungan, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum dapat memastikan jantina sebenar anak mereka.

Namun, Farid tidak mempunyai sebarang masalah jika mendapat anak lelaki mahupun perempuan. Apa yang penting bayi didalam kandungan sihat.

Sudah beberapa kali kami pergi scan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan tetapi sehingga kini masih tidak nampak dengan jelas lagi alat sulitnya. Bagaimanapun, lelaki atau perempuan kami tidak kisah asalakan bayi sihat sahaja cukuplah.

Walaubagaimanapun, Farid mengakui beliau dapat melihat perbezaan pada bentuk badan Diana kali ini. Ia sangat berbeza sewaktu beliau mengandungkan anak pertama mereka Muhammad. Melihat pada perbezaan tersebut Farid menjangkakan kali ini mungkin Diana sedang hamil anak perempuan.

Daripada susuk tubuh Diana memang nampak sangat berbeza berbanding waktu dia hamilkan Muhammad. Jadi saya seperti menjangkakan dia sedang hamil anak perempuan. Kalau benar saya suka sangatlah kerana saya sendiri memang idamkan anak perempuan untuk anak kedua ini.

Tidak apa Farid mungkin anak anda “malu” untuk tunjukkan jantinanya kerana ingin memberi kejutan buat anda dan Diana. Apa-apa pun, harapnya Diana dan bayi sentiasa sihat  dan semoga segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Murai