July 24th, 2017

Sedang berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang hebat, Diana Danielle akui beliau sedang menghadapi tempoh sukar dalam perkahwinan. Berdepan dengan pelbagai dugaan, Diana tetap bersyukur hubungannya dengan Farid Kamil masih lagi bertahan dan berharap rumah tangga mereka akan kekal sehingga ke akhir nyawa.

Betul, lima tahun pertama tempoh perkahwinan adalah yang paling sukar. Kami sedang dalam usaha melepasinya setelah berhadapan dengan seribu satu masalah sebelum ini. Untungnya saya dan Farid masih mampu melaluinya dan berhadapan dengan masalah yang datang. Untuk mencari keserasian tentu sahaja memakan masa yang panjang. Pun begitu saya bersyukur mampu bertahan ke tahap ini. Moga rumah tangga kami juga akan bertahan sehingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Diana ada membuat pengakuan mempunyai masalah rumah tangga sehingga membuat keputusan untuk berpisah bersama Farid. Walaubagaimanapun, segala masalah mereka sudah selesai setelah duduk berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

Perkahwinan itu bukanlah satu perkara yang mudah tetapi dengan kesabaran, tolak ansur, kepercayaan, kejujuran serta cinta ia mampu kekal sehingga ke syurga. Satu lagi, jangan mudah mengalah dengan dugaan yang datang.

Sumber Berita : Berita Harian

October 22nd, 2015

Sudah beberapa kali melakukan imbasan untuk mengetahui  jantina bayi mereka yang sudah berusia 8 bulan didalam kandungan, Farid Kamil dan Diana Danielle masih belum dapat memastikan jantina sebenar anak mereka.

Namun, Farid tidak mempunyai sebarang masalah jika mendapat anak lelaki mahupun perempuan. Apa yang penting bayi didalam kandungan sihat.

Sudah beberapa kali kami pergi scan untuk mengetahui jantina bayi dalam kandungan tetapi sehingga kini masih tidak nampak dengan jelas lagi alat sulitnya. Bagaimanapun, lelaki atau perempuan kami tidak kisah asalakan bayi sihat sahaja cukuplah.

Walaubagaimanapun, Farid mengakui beliau dapat melihat perbezaan pada bentuk badan Diana kali ini. Ia sangat berbeza sewaktu beliau mengandungkan anak pertama mereka Muhammad. Melihat pada perbezaan tersebut Farid menjangkakan kali ini mungkin Diana sedang hamil anak perempuan.

Daripada susuk tubuh Diana memang nampak sangat berbeza berbanding waktu dia hamilkan Muhammad. Jadi saya seperti menjangkakan dia sedang hamil anak perempuan. Kalau benar saya suka sangatlah kerana saya sendiri memang idamkan anak perempuan untuk anak kedua ini.

Tidak apa Farid mungkin anak anda “malu” untuk tunjukkan jantinanya kerana ingin memberi kejutan buat anda dan Diana. Apa-apa pun, harapnya Diana dan bayi sentiasa sihat  dan semoga segala proses kelahiran nanti berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Murai