December 9th, 2015

Sekitar 2013 pelakon Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dan menurut Shahrizal, ia memberi kesan buruk kepada kehidupan peribadi dan kerjaya lakonannya. 

Melalui mStar Online, Shahrizal yang ditemui selepas menghadiri kes perbicaraan khalwatnya yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling memberitahu kerjaya lakonannya suram selepas kejadian itu, namun kini dia diterima semula.

Apa yang dirancang wanita itu berjaya, dia berjaya putuskan hubungan pertunangan saya dan rosakkan nama saya dalam industri.

Tentang jodoh itu mungkin sudah ditetapkan Allah, namun kerjaya saya juga selepas kejadian itu agak malap kerana ramai produksi yang tidak mahu panggil saya berlakon, namun Alhamdulillah tawaran sudah kembali semula.

Shahrizal memberi keterangan kepada Mahkamah bahawa dia diperangkap oleh Farah Nurizzati Salleh, 25, selepas wanita itu meminta beliau datang ke rumahnya. Shahrizal juga tidak akan berhenti menegakkan keadilan dan tidak kisah tanggapan orang ramai terhadapnya.

Saya tidak kisah orang fikir apa tentang saya atau ingat kes ini walaupun sudah dua tahun berlalu.

Saya juga tidak kisah turun naik mahkamah beberapa kali pun, demi maruah saya dan mendedahkan perkara sebenar.

Isteri Shahrizal yang hadir ke mahkamah juga memberi sokongan kepada Shahrizal:

Dia tidak kisah pun saya teruskan kes ini kerana dia kenal wanita itu bagaimana. Dia juga pernah ditipu wanita tersebut.

Kalau anda masih ingat, Shahrizal Jaszle telah ditangkap khalwat dengan Farah Nurizzati di Apartmen Taman Sri Subang kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai pada 16 Mei 2013.

Shahrizal tidak mengaku bersalah sementara Farah mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Farah juga kehilangan pekerjaan apabila ‘diterjah’ di tempat kerja oleh Shahrizal dan ibunya yang membawa bersama beberapa orang wartawan. Menurut Farah, Shahrizal memberitahu pertunangannya dilaksanakan atas paksaan keluarga dan ia telah putus (ketika itu Shahrizal bertunang dengan Redzwani Puteri) dan Farah mendakwa Shahrizal memberitahu mencintainya. Kata Farah:

Justeru perlu dijelaskan puncanya adalah kami berdua memang sudah bercinta dan kerana itu saya yakin. Shahz sendiri memberitahu tunang itu bukan pilihannya. Malah segala SMS dan saksi yang tahu kami bercinta ada dengan saya.

Shahrizal bagaimanapun, mendakwa diperangkap oleh Farah. Shahrizal juga mendakwa Farah seorang psiko yang mahu memutuskan pertunangannya dengan Redzwani.

Namun ketika itu, Redzwani Puteri yang menjadi tunangan Shahz mempercayai cerita versi Shahrizal. Walaupun keluarga Redzwani menyatakan tidak dapat menerima Shahrizal selepas kejadian itu, Redzwani masih bercinta dengan Shahrizal kerana mendakwa lebih mengenali lelaki itu.

Malah, Shahrizal memberitahu hubungannya dengan Redzwani semakin kukuh, dan akan kahwin lari dengan Redzwani jika hubungan mereka terus tidak direstui keluarga.

Bagaimanapun, sekitar April 2014, Shahrizal mengumumkan telah memutuskan pertunangan dengan Redzwani dan mempunyai kekasih baru iaitu Husna Nadzree (isteri sekarang) melalui akaun Instagram masing-masing. Apa yang menarik, Redzwani Puteri terkejut ketika diberitahu tentang perkara itu di Twitter, mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai perkara itu. Redzwani melalui Twitter berkata apa yang dilakukan oleh Shahrizal dan Husna kepadanya ialah sesuatu yang kejam.

Redzwani kemudiannya membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan selepas itu tidak lagi dilihat aktif di media sosial.

Shahrizal pula mendakwa sudah putus tunang dengan Redzwani selama setahun lebih sebelum itu.

Husna pula tertekan kerana dituduh perampas, yang sudah tentu dinafikan olehnya.

Bagaimanapun, sekitar awal Mei tahun ini, Shahrizal telah berkahwin dalam satu majlis tertutup dengan Husna.

Terdapat percanggahan antara cerita Shahrizal dan cerita Farah. Setakat ini Shahrizal masih mempertahankan bahawa Farah memerangkapnya. Terpulanglah pada mahkamah untuk membuat penilaian siapa menceritakan perkara sebenar. Apa pendapat anda?

December 9th, 2015

Kes Shah Jaszle yang ditangkap khalwat bersama Farah Nurizzati kira-kira dua tahun lepas merupakan kontroversi yang cukup hangat kerana beliau pada waktu itu bergelar tunangan kepada Redzwani Putri.

Dihimpit dengan pelbagai persoalan Shah mengaku tidak bersalah dan menyatakan ia satu perangkap.

Shah akhirnya mendedahkan situasi sebenar semasa beliau diperangkap oleh Farah ketika memberikan keterangan berhubung kes tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah semalam.

Menurut Shah, beliau yakin Farah pada waktu itu sengaja memerangkap beliau kerana cuba untuk memutuskan pertunangan bersama Redzwani.

Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap khalwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya. Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya yang mahu saya putus tunang ketika itu.

Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.

Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di katilnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu.

Menguatkan lagi kenyataan Shah bahawa beliau diperangkap ialah ayat pertama yang keluar daripada mulut Farah sebelum wanita berkenaan membuka pintu.

Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya. Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.

(Kiri) Farah Nurizzati

Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya.

Tidak mahu mengaku kalah dan ingin membersihkan nama beliau, aktor tersebut yang kini sudah mendirikan rumah tangga bersama Hanis Husna memberitahu beliau mempunyai bukti yang kukuh bahawa beliau diperangkap.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Sumber Berita: mStar Online