Written by Bella | July 14th, 2017

Semalam, penyanyi dan juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal mengakui beliau sudah bercerai buat kali ketiga. Dalam kenyataan Faizal, beliau ada memaklumkan penceraian tersebut berlaku kerana bukan mudah untuk bekas isterinya menerima diri beliau seadanya dan juga kerjaya Faizal sebagai penyanyi.

Berang dikatakan sebagai punca penceraian mereka, bekas isteri Faizal, Sahidatul Najiha tampil menjelaskan sebab mereka bercerai.

Sahidatul mengakui beliau bukanlah seorang isteri yang sempurna tetapi beliau menyifatkan Faizal seorang yang “plastik” kerana tidak jujur untuk mendedahkan perkara sebenar.

Kenyataan yang diberikan oleh Faizal tidak sama dengan apa yang kami lalui.. Saya boleh katakan kami bercerai disebabkan oleh dia sendiri. Dia juga seorang artis, jadi rasanya peminat dia akan lebih berpihak kepada Faizal. Jadi saya tidak mahu peminat dia kecam saya jika memberi sebarang kenyataan lanjut. Sepanjang tempoh perkahwinan, saya akui saya bukanlah seorang isteri yang sempurna. Saya juga ada silapnya.

Namun jika dia katakan saya tidak boleh menerima kehidupan seorang artis, sudah pasti saya tidak akan berkahwin dengan dia sebelum ini. Bercakap soal pihak ketiga, keluarga bukanlah punca kami bercerai. Keluarga memberi sokongan selepas bercerai. Keluarga mana yang mahu melihat anaknya susah. Saya nekad menfailkan perceraian kerana merasakan kami sudah tiada persefahaman. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Faizal telah melafazkan cerai terhadap Sahidatul Najiha pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah.  Mereka berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Nur Hanna Maleeka.

Sumber Berita : Facebook Sahidatul Najiha / Insta Online

Written by AbangNara | July 12th, 2017

Ku sangkakan panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang. Penyanyi dan juga juara program Akademi Fantasia musim 4, Faizal memaklumkan yang dirinya kini kembali bergelar duda selepas perkahwinan kali ketiganya berakhir dengan penceraian. Sebelum ini Faizal pernah membuat pengakuan terjebak dengan gejala dadah dan berharap perkahwinan ketiganya itu bakal mengubah dirinya.
faizal af4 cerai lagi
Namun Faizal telah pun melafazkan cerai terhadap Sahidatul Najiha pada 12 Disember 2016 dan kes mereka masih lagi dalam proses perbicaraan mahkamah. Pasangan ini berkahwin pada 2015 dan telah dikuniakan seorang anak bernama, Nur Hanna Maleeka yang kini berusia sembilan bulan. Kata Faizal:-

Siapa yang mahu berkahwin dan bercerai banyak kali? Kalau boleh biarlah hanya sekali dalam hidup. Ini adalah satu perjalanan hidup yang perlu saya lalui. Saya maafkan bekas isteri dan terima dengan redha apa yang telah berlaku. Saya jadikan ini sabagai satu pengalaman yang bermanfaat di masa akan datang.

Apa yang boleh saya katakan, tidak mudah mencari seseorang yang boleh menerima saya serta kerjaya saya. Mungkin bekas isteri sukar untuk memahami perjalanan seorang artis. Saya sudah lakukan sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Namun jika ini adalah ketentuan Ilahi, saya terima.

Selama ini saya hanya berdiam dan tidak ceritakan kepada sesiapa kerana masih bersedih. Malah sehingga kini ada sedikit rasa kecewa. Namun saya tidak mahu perasaan tersebut berlarutan sehingga mengganggu perjalanan kerjaya. Saya hanya fikir positif dan kembali bangkit. Bahaya jika terlalu memikirkan kekecewaan tersebut

faizal af4

Tiada siapa mahu perkahwinan yang berakhir dengan penceraian. Lebih-lebih jika ia adalah perkahwinan kali ketiga. Salam takziah buat Faizal dan isteri. Semoga ia akan menjadi pengajaran berguna untuk mereka berdua. Apa-apa pun jangan lupa tanggungjawab terhadap anak. Itu paling penting. Sumber InstaOnline.