June 20th, 2016

Baru-baru ini, Fahrin Ahmad memberitahu beliau bakal menimang cahaya mata lelaki bersama isterinya Elena Hani sekitar bulan Oktober nanti.

Kebiasaannya selebriti agak sukar untuk berkongsi jantina anak mereka kepada umum bukan? Namun, buat Fahrin beliau merasa tiada salahnya untuk berkongsi perkara itu kepada peminat dan agak pelik apabila ia dirahsiakan oleh sesetengah pihak.

Walaubagaimanapun, Fahrin menganggap ia adalah hak peribadi masing-masing dan tidak mempersoalkan tindakan selebriti lain.

Mungkin mereka yang berbuat demikian ada sebab tersendiri tetapi saya sedia kongsi kerana ia bukan sesuatu yang perlu menjadi rahsia.

Fahrin akui beliau teruja untuk bergelar bapa meskipun pada usia yang agak lewat dan berharap kehadiran cahaya mata beliau nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

Pada masa yang sama, Fahrin juga memberitahu bulan Ramadhan tahun ini memberikan seribu satu rahmat kepada beliau yang kali pertama menyambut bulan suci ini bersama isteri tercinta selain bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Tahun lalu kami banyak berjauhan memandangkan tuntutan karier Elena yang membawanya ke luar negara tetapi tahun ini Alhamdulillah kami dapat bersama. Sambutan sederhana sahaja kerana paling penting kami dapat sentiasa bersama.

Kami suka sikap Fahrin Ahmad yang tidak terlalu ingin berahsia soal jantina anaknya kepada umum. Sebenarnya itu lebih baik kerana kami pasti ramai yang mendoakan kesihatan ibu dan bayi yang bakal lahir nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement
June 8th, 2015

Apabila sudah berkahwin, impian setiap pasangan suami isteri sudah tentu sentiasa berada di samping pasangan yang tercinta, lebih-lebih di saat awal perkahwinan ketika masing-masing sedang mengenali sesama sendiri dengan lebih mendalam. Namun tak semua yang kita impikan boleh menjadi kenyataan. Contohnya Fahrin Ahmad dan isteri, Elena Hani yang terpaksa tinggal berjauhan dan hanya bertemu sekali setiap 2 minggu kerana kerjaya isterinya selaku ketua pramugari di Dubai.

fahrin ahmad

Sudah pasti selaku seorang suami, Fahrin merindui kehadiran isterinya sepanjang ketiadaan Elena di sisi. Abang Nara suka membaca kata-kata romantis yang diluahkan oleh Fahrin. Memang benar selepas berkahwin semua keputusan yang kita lakukan pasti akan turut sama fikirkan isteri tercinta. Sweet sangat kata-kata Fahrin ini:-

Terasa juga bila dia (Elena) tiada di sisi, tetapi nak buat macam mana bukan? Konsep kami sekarang ini, kami akan berjumpa setiap dua minggu, sama ada dia datang ke sini (Malaysia) atau saya ke Dubai.

Saya rasa perkara ini ada juga hikmahnya di mana kami dapat serasikan diri antara satu sama lain sebelum dia berhenti kerja dan menetap di sini.

Kalau dulu, apa-apa keputusan saya akan buat sendiri. Tetapi sekarang, walaupun dia duduk jauh, saya tetap teringatkan dia.

Beli barang-barang runcit juga saya akan memikirkan Elena. Kita tahu sekarang ini, pergi mana-mana pun, kita sudah ada tanggungjawab antara satu sama lain.

Sebelum ini, jika tidak terlibat dengan sebarang majlis, saya akan berbuka puasa sendirian. Dan untuk tahun ini, perkara itu tidak akan berlaku. Elena sudah pun mengambil cuti untuk berpuasa pada minggu pertama bersama saya. Jujurnya saya teruja! Hahaha…

fahrin ahmad

Romantis juga rupanya Fahrin Ahmad ini kan? Abang Nara boleh agak betapa rindunya Fahrin kepada isteri tercinta. Memang susah juga berkahwin dan tinggal berasingan. Namun inilah yang dinamakan pengorbanan. Selepas ini Elena akan berhenti kerja jadi bolehlah luangkan masa bersama sentiasa. Lagi beberapa gambar pasangan suami isteri ini dengan membaca artikel sepenuhnya. Sumber Mstar Online.

fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad
fahrin ahmad

Advertisement