Written by Bella | August 21st, 2015

Beberapa ketika ini agak jarang kita dapat tonton lakonan Faezah Elai di kaca televisyen mahupun bertemu dengan beliau di mana-mana majlis hiburan.  Rupa-rupanya beliau kini sudah hamil anak kedua sejak bulan Mac lepas.

Usia kandungan beliau kini sudah memasuki enam bulan dan kali ini pengalaman mengandung anak kedua ini lebih sukar buat Faezah kerana mengalami alahan yang agak teruk selain merasa lemah sehingga tidak boleh bergerak.

Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.

Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak. Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang.

Walaubagaimanapun, sehingga kini beliau masih lagi belum melakukan sebarang persiapan ataupun merasa terlalu teruja kerana tidak mahu perkara buruk terjadi. Faezah juga tidak kisah akan jantina anaknya nanti.

Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan. Lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat.

Faezah Elai telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama terkenal Heykal Hanifah pada September 2012 dan  sudah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Faezah turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaitu Luqman Hakim, 15, Sarah, 13, dan Luq Adam , 5.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | August 8th, 2012

Rezeki bulan Ramadhan nampaknya apabila Faezah Elai hari ini mengumumkan yang dirinya sudah pun mengandung. Untuk makluman, Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal Hanafiah kira-kira setahun yang lepas. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Faezah Elai dan suami.

faezah elai mengandung hamil

Buat masa ini tidak ada info lanjut yang dikongsikan oleh Faezah Elai mengenai kehamilannya. Diharap Faezah Elai dapat menjaga dirinya daripada melakukan aktiviti lasak. Tahniah sekali lagi kepada pasangan suami isteri ini.