September 13th, 2010

gambar suspek

Inilah gambar suspek yang telah ditahan reman oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi. Mengikut Utusan, suspek adalah seorang peguam yang bergelar Datuk. Suspek berumur 41 tahun.

gambar suspek datuk sosilawati

3 lagi suspek turut ditahan reman dan dipercayai salah seorang daripada suspek adalah adik kepada peguam yang bergelar Datuk ini.Kesemua suspek ditahan reman selama 7 hari di Balai Polis Bukit Jalil.

Kami di BeautifulNara mengucapkan tahniah atas kepantasan pihak polis Malaysia bertindak dalam hal ini. Semoga kebenaran akan terbukti jua. Kalau betul-betul bersalah, biarlah hukuman yang diberikan setimpal dengan apa yang mereka lakukan.\

Update: Abang Nara dah delete komen yang berunsur perkauman. Sila jaga tata tertib. Bunuh tak ada kaitan dengan mana-mana kaum. Kalau dah mata gelap dengan wang, tak kira anda kaum apa pun sanggup membunuh asalkan wang dalam tangan. Sekian pesanan ikhlas dari Abang Nara.