July 31st, 2020

Pelakon dan model, Reen Rahim meluahkan rasa berang dan kecewa apabila memikirkan akaun Facebooknya yang telah lama digodam oleh penggodam hampir dua tahun lalu masih lagi menggunakan namanya di media sosial tersebut.

Reen tampil menjelaskan bahawa akaun Facebook miliknya yang bernama Reen Rahim itu sebenarnya sudah tidak boleh diakses sejak dua tahun yang lalu selepas ianya digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Asalnya itu memang akaun Facebook saya yang sudah digodam. Dalam tu ramai lagi kawan-kawan saya yang tak tahu bahawa itu bukan saya. Walaupun pihak tersebut tidak memburukkan saya, tetapi saya tengok dia ada buat perkhidmatan reviu semua. Jadi bila fikir tak seronoklah bila orang yang berurusan dengan penggodam itu merasakan seolah-olah berurusan dengan saya. Kalau nak guna sekalipun, tukarlah nama tu, jangan guna nama saya,”

Jelasnya lagi, dia kini hanya mempunyai satu akaun Facebook iaitu Reen Rahim Official sahaja. Reen yang sebelum ini telah memuat naik sebuah peringatan di laman instagram meminta orang ramai di luar sana supaya tidak terperdaya dengan akaun Facebook yang menyalahgunakan nama dan gambarnya.

View this post on Instagram

Haaaaa rindukan…

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim) on

 Akaun tersebut dikatakan telah mempunyai lebih kurang 365,000 pengikut di media sosial. Malah, ramai pengikut menyangka bahawa akaun tersebut adalah milik Reen Rahim yang rasmi.

Sumber: Astro Gempak

Advertisement