April 11th, 2014

Tahukah anda apakah permulaan hari yang baik untuk setiap manusia di muka bumi ini tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara? Ya jawapannya tak lain tak bukan ialah sarapan pagi. Sesungguhnya sarapan pagi amat penting untuk memberikan tenaga kepada kita untuk mengharungi segala cabaran dan kerja yang akan dilakukan sepanjang hari. Tanpa sarapan, badan kita akan lesu, minda kita akan tidak cerdas dan akan rasa “bad mood” sepanjang hari.

milo breakfastday

Walaupun kadang-kadang terlepas juga untuk bersarapan, sejak kebelakangan ini Abang Nara akan pastikan sekurang-kurangnya meminum MILO panas dan roti kosong sebelum memulakan apa-apa kerja. Walaupun nampak “simple”, memang banyak perbezaan yang ketara apabila Abang Nara bersarapan. Rasa lebih ceria, tak rasa nak marah kerana lapar dan lebih bertenaga untuk siapkan anak Abang Nara ke “playschool”nya. Memang diri ini terasa lebih positif apabila memulakan hari dengan sarapan pagi.

milo breakfastday

 Abang Nara lihat kesedaran orang ramai mengenai kepentingan bersarapan pagi semakin meningkat selepas penganjuran MILO Breakfast Movement pada tahun lalu. Tahun ini, MILO sekali lagi kembali dengan aktiviti MALAYSIA Breakfast Day 2014 pada 20 April ini di PUTRAJAYA untuk  memastikan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sarapan semakin bertambah. Kali ini aktiviti yang bakal dianjurkan pasti lebih meriah, lebih menarik dan paling penting, sarapan pagi akan disediakan untuk mereka yang hadir.

milo breakfastday

Tahun lepas Abang Nara turut menghadiri acara MILO Breakfast Movement di UPM. Agak menyesal juga kerana tidak turut serta dalam acara larian yang dianjurkan. Walaupun sekadar memerhati, Abang Nara dapat rasakan keseronokan mereka yang berlari mengeliling UPM. Tenaga yang ada selepas bersarapan pagi haruslah dikeluarkan. Tak gitu? Untuk tidak menyesal sekali lagi, tahun ini Abang Nara akan pastikan turut sama berlari bersama ribuan rakyat Malaysia di MALAYSIA Breakfast Day 2014.

milo breakfastday

Kali ini Abang Nara rancang untuk membawa isteri dan anak tercinta untuk merasai sendiri kemeriahan MALAYSIA Breakfast Day 2014. Tak sabar nak bersarapan bersama-sama ribuan rakyat Malaysia sekaligus memulakan hari dengan “positive energy”. Makin ramai yang sertai, makin banyak “positive energy” yang akan terhasil. Kalau pagi-pagi dah ceria dan gembira, sudah tentu sepanjang hari pun kita akan sentiasa bersemangat. Tak gitu?

milo breakfastday

Ajaklah kaum keluarga, sahabat handai, rakan-rakan dan saudara mara untuk bersarapan pagi bersama-sama dan memulakan hari dengan “positive energy” di Putrajaya pada 20 April ini bersempena MALAYSIA Breakfast Day 2014. Sarapan ramai-ramai sudah tentu lebih menyeronokkan. Lebih-lebih bila dapat minum MILO panas daripada lori MILO. Pergh!!! Tak dapat bayang kelazatannya. Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my/breakfast.