May 28th, 2014

Ramai yang terkejut apabila desas-desus perhubungan antara Shahir dan Erra Fazira mula tersebar minggu ini. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Ada yang masih mahukan Erra bersatu semula dengan Engku Emran. Ditemui oleh Era.fm, Erra membuat penjelasan yang lebih mendalam mengenai isu ini. Mungkin semua pihak akan lebih jelas apabila membaca penerangan yang diberikan oleh primadona ini.

erra dan shahir

Kata Erra:-

Sebenarnya bukan hal besar. Saya mahupun dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa pun. Kenapa perlu dipersoalkan. Lagipun kita dalam satu industri jadi saya rasa berkawan tidak salah.vSemasa dia ditemuramah saya ada waktu itu. Tak ada pun dia cakap kata berkawan rapat.

Tetapi biasalah ada yang menokok tambah. Berkawan memang saya berkawan dengan dia. Buat apa saya berbohong. Lagi pun saya ini bukan remaja belia lagi nak begitu dan begini. Kami diterjah hari yang sama.

Mungkin saya sudah biasa dengan situasi sebegini jadi saya boleh menjawab secara mudah. Tetapi Shahir mungkin dia terperanjat dengan soalan sedemikian rupa. Dia budak baik dan mungkin cara dia menjawab itu dimanupilasikan oleh pihak media.

erra dan engku emranDitanya mengenai kemungkinan untuk dirinya dan Engku Emran bersatu kembali selepas mereka berdua dilihat bersama di dalam beberapa gambar yang dikongsi oleh bekas suaminya itu, Erra menerangkan:-

Saya faham mesej yang hendak disampaikan oleh dia. Kiranya kami macam contoh kepada orang luar terutama yang bercerai yang abaikan anak dan sebagainya. Walaupun kami berpisah tetapi tanggungjawab terhadap anak tetap diutamakan dan kami boleh bersama dan bersatu demi anak. Tidak semestinya kalau demi anak-anak perlu bersatu atau rujuk semula. Tetapi kita boleh berbaik demi anak. Dan saya rasa ia sepatutnya dipratikkan oleh insan-insan yang telah berpisah

erra dan engku emran

Rasanya baiklah kita memberi peluang untuk Erra Fazira menjalani kehidupan “single” buat sementara waktu ini. Bagi peluang untuk Erra untuk melakukan apa yang dimahukan tanpa menghimpit dengan persoalan mengenai pengganti bekas suami atau kemungkinan untuk rujuk semula. Kalau Abang Nara jadi Erra, stress juga nak melayan soalan-soalan sebegini. Tak gitu? Apa pendapat anda?

April 15th, 2014

Nampaknya niat Engku Emran untuk berbaik semula dengan dirinya telah membuatkan Erra Fazira tertekan. Abang Nara memahami perasaan Erra. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Nak cakap “ya” pun tak boleh, nak cakap “tidak” lagilah tak boleh. Walaupun penyatuan semula adalah satu perkara yang sangat baik, sedikit sebanyak liputan yang diberikan terhadap usaha bekas suaminya pasti menganggu emosi Erra Fazira.

erra fazira

Berkata kepada Harian Metro, Erra Fazira menegaskan bahawa hal ini adalah bukan satu perkara yang mudah. Kata Erra:-

Ini bukan perkara kecil dan ia membabitkan soal hati dan perasaan. Paling penting ia tidak harus dipaksa-paksa. Semua pihak harus bersikap adil dan saya perlukan ruang untuk melalui satu fasa hidup yang baru. Saya banyak diuji dan saya perlu memperkuatkan diri. Tiada perkara lain yang mahu saya fikirkan sekarang ini selain membesarkan Aleesya dengan cara seadil-adil dan sebaik-baiknya.

erra

Betul juga kata Erra itu. Kita selaku peminat pasti tidak tahu apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka sehingga berakhir dengan penceraian. Pada pandangan kita, kalau mereka bertaut kembali sudah tentu ia akan berakhir dengan kegembiraan seperti dalam filem. Namun buat Erra, mungkin perpisahan adalah kebahagiaan buat dirinya. Kita tak tahu kan? Apa pun, selaku peminat, marilah kita doakan yang terbaik buat Engku Emran, Aleesya dan juga Erra Fazira.