February 21st, 2020

Tanggal 20 Februari 2020 semalam merupakan tarikh paling bermakna buat pelakon Emma Maembong yang telah selamat bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar dengan sekali lafaz.

foto akad nikah emma maembong

Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali, pasangan pengantin baru ini tampak anggun dan kacak mengenakan busana berwarna putih.

foto akad nikah emma maembong

Khas buat pembaca BeautifulNara, berikut kami kongsikan beberapa lagi  foto sekitar kemeriahan majlis pernikahan Emma dan Shazli dengan membaca entri ini sepenuhnya.  Kredit Foto : CST Production, Amir Naufal Photography, Atelier Porto & Pitcha Photographer

Advertisement
February 20th, 2020

Bagai pinang dibelah dua, tarikh 20 Februari 2020 merupakan detik indah buat pelakon Emma Maembong apabila menamatkan zaman solo bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang juruterbang  Muhammad Shazli Azhar.

suami emma maembong

Menceritakan detik perkenalan dan bibit cinta antara mereka, Emma akui dia tidak sangka mereka ke jenjang pelamin. Pelakon wanita itu juga berkongsi apa yang membuatkannya terbuka hati untuk menerima Shazli dalam hidupnya.

Detik perkenalan

suami emma maembong

Emma berkata, mereka bersua buat kali pertama pada tahun 2017 ketika menghadiri majlis sambutan ulang tahun kelahiran Uqasha Senrose. Namun, ketika itu mereka hanya berborak kosong sahaja dan tidak pernah menjangka akan berlaku sesuatu yang istimewa.

Sehari selepas berjumpa, suami ada melayangkan mesej di Instagram (IG). Namun, saya tidak sedar. Hanya pada suatu hari pada 2018, baru saya perasan mesej yang dihantarnya itu.

emma maembong kahwin

Ketika itu, kami hanya berbual biasa termasuk soal kucing. Perbualan itu bagaimanapun berakhir begitu saja.

Dipendekkan cerita, pada 15 Julai tahun lalu, kami berhubung semula di IG. Kali ini, interaksi itu lebih jelas dan masing-masing bertukar nombor telefon. Seminggu selepas itu, dia mahu jadikan saya sebagai kekasihnya. Minggu berikutnya, dia bersungguh-sungguh mahu menjadikan saya sebagai isteri.

Terpikat dengan kesungguhan suami

emma maembong kahwin

Menurut Emma, kesungguhan serta keberanian suami untuk menghalalkan hubungan mereka antara yang memikat hatinya.

Dia tak mahu membuang masa dalam hubungan ini. Saya juga mahu perkara sama. Semuanya bagai tersusun cantik. Dia lelaki yang mementingkan keluarga, agama dan matang.

Selepas dua bulan mengenali diri masing-masing, kami sepakat menghalalkan hubungan ini. Pada 11 Oktober lalu, keluarganya datang merisik di rumah.

emma maembong nikah

‘Sweet’ betul kisah perkenalan dan bibit cinta antara mereka. Dalam diam bercinta, tidak perlu tunggu lama terus kahwin. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : CST Production, Amir Naufal Photography & Emanizers

Advertisement
February 20th, 2020

Selepas lama berdiam diri mengenai gosip perkahwinannya, akhirnya pelakon cantik Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar hanya dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan secara tertutup yang diadakan di Bukit Damansara, sekitar jam 11.58 pagi tadi.

emma maembong kahwin

Emma menerima mas kahwin sebanyak RM2000 dan senaskhah Al-Quran serta tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga

Pasangan pengantin baru itu kelihatan cantik dan segak dalam busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.

emma maembong emma maembong nikah

View this post on Instagram

🥰💋 bahagia sampai ke syurga sygku @emma_maembongofficial @shazli.a

A post shared by Jaydee Mohamad (@jaydeesm) on

Semoga perkahwinan Emma dan Shazli  berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-sama kita doakan. Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan ini dan selamat melayari alam rumahtangga.

Kredit Foto : Official Hlive & Ezuwan Ismail

Kredit Video : Jaydeesm Mohamad

Advertisement