July 2nd, 2015

Kisah perpisahan antara Emma Maembong dan Zizan Razak masih lagi menjadi bualan hangat meskipun mereka sudah beberapa bulan putus cinta.

Tidak memberikan sebarang komen sebelum ini mengenai isi hati beliau selepas berpisah dengan Zizan, Emma menerusi portal mStar Online mengakui beliau merasa tertekan selepas putus cinta dan mengambil masa yang lama untuk pulihkan diri.

Siapa yang tidak terkesan apabila kita dan pasangan rancang untuk kahwin tetapi hubungan tidak menjadi. Saya bukannya robot. Apa-apapun bagi saya ini adalah kitaran hidup.

Di mana sesuatu yang kita sayang di dunia ini tidak akan kekal. Malah ibu dan ayah kita juga satu hari nanti akan meninggalkan kita.

Walaubagaimanapun Emma merasa syukur kerana keluarga dan rakan-rakan sering memberikan beliau semangat untuk bangkit semula daripada derita yang dialaminya.

Malah,pengarah Michael Ang juga banyak menawarkan beliau untuk bekerja dibawah arahannya dan sekaligus membuatkan Emma sibuk dengan kerja dan tidak terlalu memikirkan soal perpisahannya.

Mujurlah sejak perpisahan iti saya sibuk dengan penggambaran. Michael Ang banyak beri saya tawaran berlakon. Jadi tak adalah terasa sangat.

Bukan mudah untuk melupakan orang yang betul-betul kita cintai tetapi mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya tersendiri kami pasti akan ada orang yang lebih baik buat anda satu hari nanti.

Sumber Berita: mStar Online

December 10th, 2013

Rasanya semua orang tahu akan kemesraan yang wujud di antara Zizan Razak dan Emma Maembong. Sebelum ini Abang Nara ada berkongsi artikel mengenai bukti-bukti percintaan antara mereka berdua yang dikumpulkan oleh peminat. Namun sehingga ke hari ini, sama ada Emma atau Zizan masih berdiam diri dan enggan menguar-uarkan status hubungan mereka.
emma maembong dan zizanNamun Emma Maembong hari ini menerusi Harian Metro memberitahu ada sebabnya dia hanya mahu peminat mengetahui hubungannya dengan Zizan sekadar kawan rapat. Kata Emma:-

Bukan saya nak buat peminat berteka-teki mengenai status kami. Terus-terang ini bukan permainan atau gimik untuk raih publisiti. Biarlah orang tahu status kami sebagai kawan rapat saja, kalaulah tiada jodoh lebih mudah nak jelaskan nanti.

Kalau status kekasih tak perlu nak canang pada semua kecuali memang tentu dia (Zizan) jodoh saya. Mungkin sekarang saya berkawan rapat dengan Zizan tapi esok lusa adakah pasti dia jodoh saya? Macam mana kalau satu hari nanti hubungan kami putus dan tak ke mana pun (berkahwin), tentu orang akan buat spekulasi itu dan ini jika saya sibuk canang kami bercinta sekarang. Sebab itu, lebih senang anggap kami berkawan rapat

Menarik juga konsep yang diguna pakai oleh Emma Maembong ini. Secara logik ada kebenaran kata-katanya. Kalau bagitau lebih-lebih, tup-tup tak jadi memang boleh bikin malu. Kalau betul-betul bercinta pun, lebih baik hanya mereka berdua sahaja yang tahu perasaan itu. Tambah Emma lagi:-

Saya tak nak cakap dia (Zizan) kekasih saya dan begitulah sebaliknya. Untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa sesuai. Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini

emma maembong dan zizan

Nampak gayanya peminat yang mahukan Zizan dan Emma bercinta kenalah tunggu Zizan masuk meminang Emma. Setakat sekarang ini, anggap sahajalah mereka sekadar kawan rapat. Apa pun, Abang Nara tengok Zizan dan Emma ini memang sama padan sama cantik orangnya. Semoga suatu hari nanti apabila sudah ada hubungan yang sah, mereka akan tampil ke hadapan untuk memaklumkannya kepada semua orang. Jangan sorok-sorok pulak.

P.S: Kereta masuk air ketika banjir? Tonton video ini untuk mengetahui apa yang harus dilakukan.