August 15th, 2016

Semalam, akhbar mingguan Bipop Berita Harian melaporkan Kamal Adli dan Emma Maembong sebenarnya sudah putus cinta sekitar minggu lepas. Malah, pengakuan itu keluar daripada mulut Emma sendiri.

Jelas sekali berita berkenaan agak memeranjatkan beberapa pihak kerana umum mengetahui pasangan ini sedang cuba untuk menyelesaikan masalah mereka berdua.

Berbicara mengenai berita tersebut yang sudah mendapat perhatian ramai, Kamal dalam kenyataan terbarunya berharap pihak media dan peminat tidak mudah percaya dengan sumber luar yang hanya mengeruhkan lagi keadaan.

Jelas Kamal, jika benar mereka sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan, Kamal sendiri akan memberitahu perkara itu kepada umum.

Kamal pada masa yang sama akui beliau sudah penat dengan gosip serta kontroversi yang melibatkan hubungan beliau dan Emma.

Jangan dengar cakap orang luar tentang hubungan saya dan Emma, selagi ia belum keluar dari mulut kami berdua bermakna hubungan kami belum lagi berakhir.

Saya sudah bertemu dengan Emma dan kami sedang berusaha memperbaiki hubungan ini.

Saya sudah penat nak layan berita begini, biarlah orang mahu cakap apa tentang hubungan kami. Saya nak berdiam sahaja dan kalau betul sudah putus saya akan beritahunya sendiri.

Berilah mereka ruang untuk memperbaiki hubungan mereka. Jika Kamal dan Emma ada jodoh pasti  tidak kemana juga bukan? Biasalah dalam setiap hubungan bukannya setiap masa semuanya indah, kadang-kadang ada masalah yang timbul.

Sumber Berita : mStar Online

August 1st, 2016

Tiba-tiba sahaja,kenyataan Emma Maembong yang menyatakan beliau akan berbincang mengenai hala tuju hubungannya dengan Kamal Adli menjadi perhatian ramai.

Ada yang mengatakan hubungan cinta mereka sedang berantakan dan mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.

Namun, ia tidak bermakna Kamal Adli akan berputus asa begitu sahaja. Mengakui masih sayangkan Emma dan berniat mahu hubungan mereka berakhir dengan baik. Kamal akan sedaya upaya mempertahankan cintanya itu.

Fakta yang tidak boleh diubah adalah saya sangat sayang insan bernama Emma Maembong. Saya juga tidak mahu hubungan kami berakhir separuh jalan. Hubungan ini akan saya selamatkan selagi terdaya.

Pada masa yang sama, Kamal menjelaskan masalah antara mereka timbul bukan kerana orang ketiga tetapi kerana sikap beliau sendiri.

Kamal memohon maaf atas apa yang berlaku dan berkata beliau bersungguh-sungguh mahu memperisterikan Emma.

Apa yang terjadi antara kami tiada kena mengena dengan orang ketiga. Kesalahan patut dituding kepada saya. Sebagai manusia biasa, banyak perkara yang perlu saya perbetulkan. Setiap hubungan juga ada fasa turun naik. Saya mohon maaf atas kekhilafan itu. Pastinya saya bukan main-main malah serius dalam perhubungan ini selain ingin memperisterikannya.

Saya pun bukan makin muda. Jadi, saya harap yang di luar tidak pantas menghakimi hal ini. Beri masa kepada kami. Saya minta peluang dan doakan yang baik untuk kami berdua.

Kita beri ruang untuk Kamal dan Emma berbincang mengenai hubungan mereka berdua. Kalau ada jodoh ada lah. Kita doakan terbaik buat pasangan tersebut.

Sumber Berita : BH ONLINE