Written by Bella | June 26th, 2019

Beberapa tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kini akui dia dalam fasa paling bahagia dalam hidupnya.

Elly mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman janda dengan jejaka muda berusia 28 tahun pada tahun hadapan dan cukup teruja untuk menunggu hari tersebut.

Boleh dikatakan saya wanita paling bahagia saat ini. Saya bersyukur dipertemukan dengan insan paling istimewa. Saya tidak sabar menunggu hari paling bermakna kami yang dijangka berlangsung pada 2020.

Kali ini, Elly memberitahu dia mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah. Elly menganggap perkahwinan yang bakal berlangsung itu adalah yang ‘pertama’ buat dirinya.

Ketika perkahwinan terdahulu ada banyak perkara yang tidak dapat saya realisasikan kerana arwah mama baru sahaja meninggal ketika itu. Jadi teringin majlis nanti meriah seperti perkahwinan selebriti lain. Saya nak jemput kawan-kawan rapat pada hari bersejarah nanti.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun mereka bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 13th, 2018

Sejak terbuka berkongsi foto kekasih barunya di Instagram, ramai yang mendoakan agar perhubungan Elly Mazlein itu berjalan lancar dan semoga ada jodoh ke jenjang pelamin.

Namun, ramai juga yang tertanya, apakah yang membuatkan Elly kembali membuka pintu hatinya untuk bercinta lagi? Jelas Elly, sebab utama beliau menerima jejaka itu adalah kerana kasih sayang ikhlas yang dicurahkan buat anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

Papa juga sayang Sefhia seperti anaknya sendiri. Kasih sayang itu nampak sangat ikhlas dan bukan dibuat-buat. Buat masa sekarang, fokus kami adalah untuk bahagiakan Sefhia. Saya terbuka hati untuk menerimanya kerana dia sanggup keluar bertiga kerana saya akan sentiasa membawa Sefhia bersama.

Papa membuatkan Sefhia rasa disayangi. Kalau dulu, dia tengok saja kalau ada kanak-kanak yang bermanja dengan bapa mereka. Sekarang, dia dah dapat rasakan perasaan yang sama seperti kanak-kanak lain.

Tambah Elly, walaupun kekasihnya itu masih muda, beliau bagaimanapun mempunyai pemikiran yang sangat matang. Elly berharap peminat terus mendoakan yang terbaik buat mereka dan semoga segalanya dipermudahkan.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 7th, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon senior, Fauziah Nawi yang berbakat besar dalam bidang seni. Setelah berpuluh tahun beliau akhirnya diberikan pengiktirafan yang cukup bermakna apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 menerusi lakonannya dalam Pendosa Ingin Ke Syurga.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah ucapan Fauziah “Jangan siapa marah I, walaupun hari ini I sendirian, dah 26 tahun suami meninggal dunia, I tak nak ambil laki siapa-siapa.”  Kata-kata itu adalah respon kepada pengacara Syuk.

Namun, ada pihak yang tersalah anggap dan mendakwa kononnya Fauziah menyindir Elly Mazlein yang umum mengetahui sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta yang merupakan seorang duda. Pihak tersebut juga berkata, sindiran itu atas sebab Elly merampas suami kepada kawan baik Fauziah sebelum ini.

Kecewa dengan tuduhan tersebut, Fauziah menerusi akaun Facebook menafikan sekeras-kerasnya beliau sengaja mahu menyindir Elly. Itu adalah fitnah semata-mata.

Harapnya dengan penafian dan penjelasan ini, tiada lagi netizen salah faham dengan apa yang diucapkan oleh Fauziah. Tidak wujud pun isu lepas geram atau apa-apa.

Sumber Berita : Facebook Fauziah Nawi

Kredit Foto : mStar Online

Written by Bella | October 19th, 2018

Selepas lama terluka akibat daripada penceraian bersama pengarah Azmi Hatta dan lebih gemar menjalani hidup berdua bersama anaknya, Putri Sara Sefhia, kini pelakon dan penyanyi Elly Mazlein sudah memula langkah untuk kembali membuka pintu hatinya menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya.

Menerusi muat naik terbarunya di Instagram, Elly menyertakan foto Sefhia memegang tangan seorang jejaka yang dikatakan Elly sebagai ‘papa baru’ anaknya dan teman lelakinya.

Ramai sungguh yang ingin mengetahui siapakah gerangan teman baru Elly itu yang sudah berjaya mencuri hatinya. Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan mereka bersama.

Terdahulu, Elly dan Azmi mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 sebelum mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015 ketika Elly sedang hamil.